Thursday, October 27, 2011
SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!
Thursday, October 20, 2011
pernah main lumpur tak??
assalamualaikum!
ape khabar bloggers n readers sekalian? musim hujan sekarang aku pun rasa nak demam dah ni…
ada siapa kat sini pernah main lumpur x? bukan main di kuala lumpur oke! hehe…oke cerita sebenarnya ahad baru ni aku join MASKUM dekat pantai Haji Dorani, sg. besar, sabak bernam...
siapa2 yang tak tahu maskum tu apa, maskum tu adalah MAJLIS SUKARELAWAN ALAM SEKITAR UNIVERSITI2 MALAYSIA…lepas join ni pun baru aku tahu maskum ni wujud...hehee…kalau masum mesti ramai yang biasa dengar kan…ni kira pengalaman pertama aku join maskum ni…
program ni anjuran UPNM dengan sokongan FRIM, MOHE and MASKUM…ada banyak IPTA yang terlibat…antaranya adalah UKM, UPM, UIA, UITM SHAH ALAM, USIM, POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH...amacam? banyak kan? hehee…
aku x bagitahu lagi apa aktiviti sukarela yang kitorang buat kan? hehe…tapi tengok tajuk pun boleh agak kan? kitorang buat aktiviti menanam pokok bakau dekat kawasan lumpur dekat tepi pantai…mula2 aku confuse kenapa nak kena tanam pokok bakau…rupa-rupanya baru aku tahu pokok bakau ni ada kepentingannya tersendiri…pokok bakau ni boleh melindungi persisiran pantai…pokok bakau jugak boleh jadi pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala.(ayat dari en.google…hehe)
oke so memang penting kena tanam pokok bakau ni kan? sebelum ni memang tak pernah ambik tau…huhuhu…semua yang join dapat baju free, dapat topi lagi, makan free lagi…hehe…baju yang kitorang dapat tu warna putih bersih lagi suci…tapi lepas dah masuk dalam lumpur hasilnya jadilah baju yang berwarna kelabu…haha
setiap orang kena tanam 1 pokok…masa sampai tepi pantai tu aku dah semangat nak masuk lumpur yang tingginya paras peha aku…semangat nak tanam pokok bakau nih…nak dijadikan cerita, aku stuck pulak kat tengah lumpur tu…sampai kena lumpur seluruh badan dari kepala sampai ke kaki dah…kalau dah masuk dalam lumpur sangat susah nak bergerak…so dengan hampanya aku tak dapat tanam 1 pun pokok =( …sangat sedih rasanya time tu…huuu…
rupanya main lumpur ni best jugak eh…sebab ramai2 kot…rasa meriah main lumpur ramai2…jom tengok gambar2 kat bawah ni…
*
*
*
ni masa sebelum pergi menanam pokok bakau…sesudah subuh kami dah bersiap2…baju yang kami dapat masih putih bersih dan suci lagi..topi pun dapat jugak..
ni belakang baju yang kitorang dapat tu..ada logo stiap IPTA yang terlibat…*ni bukan belakang badan aku…hehe*
ni abang demo yang tunjuk demo camne nak tanam pokok bakau ni…bukan tanam sesuka hati ye…
main lumpur…actually ni tengah nak membersihkan diri tapi x bersih pun masuk dalam air lumpur ni…huhu
baju putih bertukar kelabu…
ni rupa lepas dah dibersihkan dengan semburan air pili bomba…boleh tahan bersih sikit la…hehe
bersama adik beradik upsm batch 24 yang tersayang
posing jap… #erkk
ni lah wakil dari UKM… =)
pssssttttt: siapa tak pernah masuk lumpur try lah…sure tak nak kan…hehehe…hope dapat join lagi aktiviti2 sukarelawan macam ni…
Monday, October 17, 2011
sayangilah anak yatim
assalamualaikum !
oke memang lama dah x update blog dan jarang dapat update blog buat masa sekarang ni...ni bru dapat peluang...
ni aku nak cerita pengalaman aku sabtu baru ni aku pergi rumah anak yatim NUR HIKMAH dekat kajang...seriously, itu kali pertama aku ke rumah anak yatim...aku pergi jadi sukarelawan untuk bersihkan kawasan rumah anak yatim tu...masa sampai tu rasa excited sebab dapat jugak aku melawat rumah anak yatim buat kali pertama...sayu je tengok muka2 anak2 yatim ni...
ada dua kawasan yang nak dibersihkan kat sana...1 kawasan lapang yang ada semak samun...tempat tu nak dibangunkan bangunan baru untuk anak2 yatim ni...1 lagi tempat nak dibersihkan dekat asrama perempuan...
ni rupa kawasan lapang tu sebelum dibersihkan
after dah gotong royong
de beza x? ni lah hasil kerjasama kami semua
masa aku tolong bersihkan asrama perempuan, terharu tengok tulisan diorang dekat loker..ni ada beberapa gambar tulisan yang ditulis sendiri oleh anak yatim dekat loker diorang...
“kita haruslah menghormati ibu dan ayah”
‘love ibu bapa’
sambil2 kitorang membersihkan kawasan tu, sempat jugak la bermesra dan sembang2 dengar pengalaman anak2 yatim ni..., diorang ni memang mesra dengan orang…kat situ ada lebih kurang 40-60 orang anak yatim...baby pun ada...
masa sembang2 dengan diorang rasa simpati dengan diorang sebab kecil2 lagi dah x duduk dengan keluarga…mereka kebanyakannya kecil lagi yang tinggal kat rumah tu..paling besar kalau x silap umur 19…*muda setahun dari aku*
kat bawah ni selingan gambar aku masa bersihkan kawasan lapang tu…peace ^^
yang bawah ni gambar kami ramai2 sebelum balik ke ukm
rasa nak pergi lagi jenguk diorang…
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya :
“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat baik kepadanya. Seburuk-buruk rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat jahat kepadanya.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
pssssstttttttttt: hargailah, hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada…pada yang masih mempunyai ibu bapa, bersyukurlah…pada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, tabahlah dan banyak2 lah berdoa untuk mereka di sana…

