Monday, October 17, 2011

sayangilah anak yatim

 

assalamualaikum !

 

oke memang lama dah x update blog dan jarang dapat update blog buat masa sekarang ni...ni bru dapat peluang...


ni aku nak cerita pengalaman aku sabtu baru ni aku pergi rumah anak yatim NUR HIKMAH dekat kajang...seriously, itu kali pertama aku ke rumah anak yatim...aku pergi jadi sukarelawan untuk bersihkan kawasan rumah anak yatim tu...masa sampai tu rasa excited sebab dapat jugak aku melawat rumah anak yatim buat kali pertama...sayu je tengok muka2 anak2 yatim ni...


ada dua kawasan yang nak dibersihkan kat sana...1 kawasan lapang yang ada semak samun...tempat tu nak dibangunkan bangunan baru untuk anak2 yatim ni...1 lagi tempat nak dibersihkan dekat asrama perempuan...

 

ni rupa kawasan lapang tu sebelum dibersihkan

DSC03370 

after dah gotong royong

DSC03383

de beza x? ni lah hasil kerjasama kami semua Smile

 

masa aku tolong bersihkan asrama perempuan, terharu tengok tulisan diorang dekat loker..ni ada beberapa gambar tulisan yang ditulis sendiri oleh anak yatim dekat loker diorang...


DSC03374

DSC03375

 

“kita haruslah menghormati ibu dan ayah”

‘love ibu bapa’

 

sambil2 kitorang membersihkan kawasan tu, sempat jugak la bermesra dan sembang2 dengar pengalaman anak2 yatim ni..., diorang ni memang mesra dengan orang…kat situ ada lebih kurang 40-60 orang anak yatim...baby pun ada...

 

masa sembang2 dengan diorang rasa simpati dengan diorang sebab kecil2 lagi dah x duduk dengan keluarga…mereka kebanyakannya kecil lagi yang tinggal kat rumah tu..paling besar kalau x silap umur 19…*muda setahun dari aku*

 

kat bawah ni selingan gambar aku masa bersihkan kawasan lapang tu…peace ^^

DSC03379

yang bawah ni gambar kami ramai2 sebelum balik ke ukm

DSC03387

rasa nak pergi lagi jenguk diorang…

 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya : 

“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat baik kepadanya. Seburuk-buruk rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat jahat kepadanya.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

 

pssssstttttttttt: hargailah, hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada…pada yang masih mempunyai ibu bapa, bersyukurlah…pada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, tabahlah dan banyak2 lah berdoa untuk mereka di sana…

6 comments:

Pendamba Mawar said...

best nya

azie Cheesy said...

Yup mmg best.. :-)

hafiz hafizol said...

x ajak pun saye pegik?? :P

azie Cheesy said...

@hafiz hafizol~ len kali plak ek.. hehe #erk

Suara Hati said...

itah anak yatim jugak..so syg sy tau! hhehehhee

azie Cheesy said...

samalah kita itah..kita saliing syg k.. :)

related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...