Monday, September 26, 2011

najwa latif di pesta konvo ukm


assalamualaikum !


apa khabar semua? semoga sihat sokmo...hehee...td aku gi pesta konvo ukm sbb pg td kawan aku cakap ada najwa latif...disebabkan aku free malam ni tak ada meeting pape, aku pun pergi la pesta konvo nak tengok2 adik najwa dari jarak dekat...



planning nak tgk najwa je tapi dah agak mesti performance dia last sekali...so layan je la artis2 yang nyanyi...ada nadia, farawahida, nubhan...masa nubhan tengah nyanyi tetiba hujan sangat lebat menyebabkan aku dan kawan aku naik atas stage bersama ramai2 yang naik...so kami memang ada atas stage sekali dengan nubhan time tu...tapi tak dapat ambil gambar dengan nubhan sebab time tu ramai sangat so ambil gambar nubhan sorang jela...




memang tak sangka insiden tu akan berlaku sebab mula2 dok kat bawah just igt nak tengok dari jauh je la...sekali bila hujan lebat tetiba aku ada atas stage pulak...bila dah ada atas stage tu aku pun amik peluang ambik gamba dengan abg khairul dan abg muaz dari muzik fm...memang tak sangka la...diorang memang sangat sporting walaupun hujan2 kan...



with abg muaz muzik fm


with abg khairul muzik fm


then masa najwa latif dah naik stage memang dapat tengok dari dekat la sebab kitorang ada atas stage sekali time tu...so memang x lepas peluang la ambil gambar najwa tgh nyanyi life depan mata aku ni...then bila dia dah abes nyanyi aku tengok jela orang dok ambil2 gambar dengan dia...dalam hati aku "nak gak, tapi mesti ramai yang nak ambil gambar ngan dia, susah la nak dapat"...then aku pun tengok je la dia dikerumuni ramai, aku malas nak menyempit...




then bila dah turun stage aku ngan member aku gi belakang stage nampak macam dah kurang orang dekat najwa kitorang pun amik peluang juga la...last2 berjaya jugak dapat ambil gambar dengan najwa yang comel tu...dia salam siap cium tangan, sopan je...hehe...

tadaaa!

me n friends with najwa latif :)


*semua gambar di atas diambil dari camera handphone aku sendiri*

psstttttttttt: pada sapa2 yang tak kenal najwa latif boleh search kat youtube , twitter or facebook



Sunday, September 25, 2011

alert dengan temperature kereta !

assalamualaikum dan hye bloggers!


rindu sangat2 dekat blog aku ni dan rindu sangat2 gk kat bloggers sekalian...kebelakangan ni tak dapat nak update selalu sebab sibuk memanjang...harap dapat bagi perhatian lagi kat blog ni lepas ni...



oke cukup untuk mukadimah...aku nak cerita sikit saat2 genting aku bersama kereta kesayanganku...hari jumaat baru ni aku pergi kajang ada appointment...aku bawak dengan steady macam biasa tanpa menyedari ada bahaya yang sedang berlaku...



tiba2 on the way aku nak blek ke ukm tu masa tengah berhenti kat traffic light, mata aku terpandang sesuatu yang sangat menakutkan...nak tahu apa dia? mata aku terpandang kat meter temperature yang masa tu temperature nak sampai tahap paling tinggi...



masa temperature kereta naik sampai macam tu sekali temperature aku pun ikut naik gak, gelabah terus...bukan setakat gelabah tengok temperature tinggi, aku nampak pulak ada asap keluar dari bonet depan kereta aku...aku dah gabra takut kereta tu meletup bila2 masa je sebab masa tu aku kat traffic light...



then aku terus berhenti kereta kat tepi jalan dengan suspennye...aku pun call si dia, abah, abang...semua orang aku nak call sebab tak tau apa nak kena buat...aku ni bawak kereta memang pandai tapi bab2 tengok pe masalah kereta ni memang aku failed...



then solutionnya time tu aku tambah air dan berhenti lama gak kasi cool kereta...tapi aku fikir sampai bila aku nak tunggu kat situ, lepas nampak temperature dah turun sikit aku pun dengan redhanya bawak kereta balik ukm...nasib baik aku dengan sorang lagi kawan aku time tu...



masa nak bawak balik tu macam2 bermain dalam fikiran ni tapi aku redha je...alhamdulillah aku sempat sampai kt kolej....then aku pun mintak tolong si dia cari workshop yang boleh dipercayai dan kitorang pun bawak kereta kat workshop yang tak jauh sangat dari ukm...



rupanya kereta tu ada masalah motor yang rosak, aku pun kurang memahami apa masalah kereta tu. yang aku tau abg bengkel tu cakap motor dalam kereta tu rosak, *bukan motosikal k*...hehe...



lepas dah diganti dengan yang baru, *bukan ganti kereta baru*, alhamdulillah kereta ku dah kembali pulih dan tak risau lagi nak bawak...terima kasih yang tak terhingga pada si dia yang banyak membantu...




ni la kereta kesayangan yang banyak berjasa

ABY 6808



pssssssssttttt: kepada pengguna2 kereta sekalian harap alert selalu dengan meter temperature tu ek...supaya dapat mengelakkan perkara buruk daripada berlaku...rindu bloggers sekalian.. peace ^^,

Thursday, September 15, 2011

masalah yang melanda

assalamualaikum !


apa khabar readers sekalian? sekarang musim hujan kat sini, beberapa hari ni asyik mandi hujan je...payung lak tertinggal dekat kedai makan, so dah x ada payung, sbb tu asyik main hujan je la...huuu pada yang dah demam atau dah ada tanda2 nak demam tu makan la ubat k...sedar tak sedar dah dekat seminggu ada kat uni ni...rasa macam baru semalam je daftar kolej...masa memang pantas berjalan...sejak balik uni ni rasa macam2 masalah lak nak muncul...



1st lappy aku tetiba problem...actually aku update guna lappy kawan aku ni, sebab lappy aku sedang di repair...tiba2 lappy tak dapat nak detect wifi...sedih gila sebab orang lain sedap2 boleh guna wifi yang laju ni, aku nak on9 pun x dapat...tapi dengan ihsan kawan aku dia bagi guna lappy dia untuk aku on9...masa dah nak balik hostel hari tu punya la excited boleh download cerita best2 sebab wifi laju...sekali sampai tengok2 tak dapat detect wifi pulak...sadis gila...terpaksa on9 guna lappy kawan aku...tapi aku guna time dia x guna la...thnx a lot my fwen...sekarang lappyku ada kat member aku yang terror bab2 repair lappy ni...sebelum ni pun pernah jadi camni, then dia boleh repair...now jadi balik, so suruh dia repair lagi...




2nd, aku jadi tak boleh nak tidur...kalau dekat rumah masa cuti lama tu pukul 11 pun aku dah rasa mengantuk...pukul 12 tu kira dah memang time untuk tidur...pukul 1 paling lewat aku tidur kat rumah, tu pun jarang la tidur kul 1...tapi dari hari first aku tidur kat ukm ni, macam susah nak tidur...bila tidur macam x lena je...asyik2 terjaga...aku tidur lambat tapi terjaga awal...maybe sebab perubahan suasana dan keadaan kot...tak kan dapat penyakit insomnia tetiba kot?? haish tak tau la...




3rd, masalah hati dan perasaan...yang ni memang susah nak describe camne tapi seriously hati dan perasaan agak terganggu sikit *macam banyak je*...masalah hati ni susah nak control kan...bagi aku, aku rasa masalah yang susah nak cari jalan penyelesaian adalah masalah hati dan perasaan...aku sendiri confuse dengan diri aku sendiri...susah nak jaga hati semua orang...tapi macam mana pun yang penting kena sabar dan tabah hadapi semua tu...Allah dah tentukan sebaik2 jalan untuk kita lalui...




walaupun de macam2 masalah, tapi aku selalu guna ayat ni dalam kepala aku "jangan jadikan ni satu masalah besar"...walau sebesar mana pun masalah yang kita ada, kita fikir itu cuma masalah kecil yang boleh selesaikan tanpa pening2 kepala...yang penting sabar hadapi setiap dugaan dan cabaran...jangan lari daripada masalah sebab masalah akan terus mengejar kita...tapi terima je setiap masalah dan anggap itu sebagai satu cabaran...cewwah! macam bagi nasihat pulak kan...ngee~



pssssstttttt: salah satu cara nak kurangkan masalah adalah sentiasa senyum... :)







related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...