Monday, November 28, 2011

kepergian seorang abah yang ku sayangi ke Rahmatullah

 

20/11/2011

aku jadi urusetia di pantai cermin, port dickson…bila dah selesai tugas aku sebagai urusetia tiba2 aku dapat panggilan dari kakak aku,

kakak: dik, esok ada exam ke?

adik: ada, esok, lusa, khamis ada exam…

kakak: kalau tak payah amik dulu exam tu boleh?

adik: nape ni kak?

kakak: abah tengah tenat ni…balik la hari ni…

(dengar suara kakak aku nangis, air mata aku pun turun dengan laju…)

adik: betul ni kak? cakap la betul2…

kakak: betul la ni…abah dah nazak…kalau kakak suruh balik naik flight, reti tak?

(lagi laju air mata aku keluar…)

adik: tak reti…malam ni adik naik bas…

kepala aku pun jadi tak tentu arah dah, air mata tak berhenti keluar…then bila fikir2 balik, kalau naik bas, kul 5 pagi sok baru sampai terengganu…and aku wat keputusan nak naik je flight…masa tu tak fikir dah tiket mahal ke, tak reti ke…kalau tak reti boleh tanya counter service…then adik bradik upsm aku yang jadi urusetia sama2 dengan aku pun tolong hantar terus pergi lcct dari port dickson tu…mula2 ingat nak balik ukm dulu amik barang2, tapi fikir2 memang tak sempat kalau nak balik ukm dulu dengan jalan jem lagi…then diorang hantar terus ke lcct…aku balik dengan keadaan sehelai sepinggang dengan barang2 yang aku bawak untuk jadi urusetia tu je…

pukul 6.30 petang aku sampai lcct, aku terus pergi kat information service tanya kat mana counter ticket…alhamdulillah aku dapat tiket pul 8 malam…dah selesai solat asar dan maghrib, dah salam2 semua orang, aku pun nak check in…tetiba abg tu ckp aku tak print ticket lagi…aku memang tak tahu kena print ticket dulu sebab tak pernah naik flight sendiri sorang2..then masa nak print boarding pass tu, tak boleh sebab kena print kt machine tu sejam sebelum dari waktu berlepas…aku dah cuak,..masa tu dah pukul 7.30 malam…pastu kena pergi service counter…service counter masa tu ramai sangat…aku dah sangat2 cuak time tu…then aku potong barisan yang panjang tu dan terus gi kat counter nak minta boarding pass…alhamdulillah sempat then aku terus check in dan tinggallah aku seorang diri kat situ…

bila dah pukul 8 malam dapat plak announcement flight delay sampai pukul 9…aku dah semakin risau…so aku tunggu je sampai pukul 9…bila dah pukul 9, flight pun berlepas…

aku sampai terengganu dalam pukul 10 lebih, sepupu ambil dan terus bawak aku pergi hospital…mak ngan kakak aku pun de kat hospital…sampai2 je aku kat abah, terkejut sangat2 aku tengok keadaan abah camtu...airmata aku memang tak berhenti mengalir…

“abah, adik ni….adik datang ni…”

tapi abah dah tak boleh cakap…bernafas pun guna mesin oksigen…tapi mata abah masih terbuka lagi time tu…aku nampak mata abah pandang mata aku masa aku panggil tu…sebak sangat rasa hati…sayu tak terkata…

lama aku berdiri tepi abah pandang keadaan abah yang aku tak sangka sampai macam tu sekali…lepas tu aku ngan kakak aku dah nak balik rumah…mak nak tinggal dengan abah kat hospital…

21/11/2011

bila sampai rumah, aku tidur dalam keadaan yang tak tenang…tiba2 kakak aku kejut dalam pukul 4.30 pagi…

“adik, bangun dik…abah dah tak de….jom pergi hospital sekarang…”

berderau darah aku dengar berita yang tak disangka tu…terus aku siap2 nak pergi hospital…time tu airmata da start mengalir dan tak nak berhenti…sampai2 kat hospital lagi laju airmata aku mengalir tengok tubuh badan abah yang terbujur kaku dibaluti kain putih…macam susah aku percaya time tu yang abah dah tak ada sebab baru je beberapa jam lalu aku tengok abah bernyawa lagi dan berharap dapat tengok abah dengan keadaan yang lebih baik keesokan paginya…

tapi apa yang aku fikirkan tu meleset…4.24 pagi, abah dah pergi meninggalkan dunia ini dan meninggalkan kami sekeluarga…dengan airmata yang asyik mengalir aku bacakan yassin kat tepi abah…abah dikebumikan lebih kurang pukul 10 pagi dengan suasana hujan yang tak berhenti-henti…airmata aku pun mengalir sama seperti hujan yang turun…Alhamdulillah segala proses pengebumian berjalan lancar walaupun keadaan hujan…

arwah abah meninggal akibat sakit dalam perut…beberapa hari sebelum abah pergi, abah dah boleh drive dan sihat macam biasa…sebab sebelum ni memang abah selalu sakit2…aku pernah tulis dulu masa abah mula2 kena stroke dekat entry ni… sejak tu abah dah tak drive sampai la beberapa hari sebelum abah pergi…abah pergi dengan cepat sangat…aku tak sangka aku kena hadapi situasi macam ni… =’(

kami sekeluarga redha dengan ketentuan Ilahi…daripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali…

 

“Ya Allah, tenangkanlah roh abahku di sana…tempat abahku dalam kalangan orang orang-orang yang beriman…ampunkan segala dosa semasa hidupnya…”

 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

 

lepas aku sampaikan berita kepergian abah pada orang2 tertentu, tak henti-henti mesej aku dapat yang mengucapkan takziah…seminggu aku tinggalkan kelas dan segala exam midsem yang sepatutnya aku kena jawab pada minggu kejadian ni…

kini aku dah balik semula ke ukm, semoga dapat diteruskan lagi semangat ini untuk teruskan belajar dan ambil 3 paper midsem yang ditangguh tu…final exam pun dah tak lama je lagi…

terima kasih pada semua yang ucap takziah dan yang terus bagi semangat pada diri ini untuk teruskan kehidupan…

 

"Wahai Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku ketika aku kecil" 

 

~al-fatihah~

 

 

 

22 comments:

Pendamba Mawar said...

salam takziah dari PM
sabar la ye azie.. Yang pergi tetap akan pergi .kita yang hidup ni teruskan khidupan kita..

azie kena kuat ok.. blajar hingga azie brjaya..

alfatihah untuk allahyarham ..

hafiz hafizol said...

takziah Azie.

banyakkan bersabar.. InsyaAllah, arwah ditempat dalam kalangan orang beriman.. :)

Azzah said...

sabar ye..sedekahkan Al Fatihah banyak2.

.miSz bubbLe. said...

takziah ye .. tabah dengan dugaan yang dhadapi . (:

tyka said...

takziah dik ..

Cik Asma BLuppy said...

be strong dear....

azie Cheesy said...

@PM~ terimakasih PM..insyaAllah akan cuba kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan...

azie Cheesy said...

@HH~ mekasih pjoe..insyaAllah.. amiinn

azie Cheesy said...

@azzah~ terimakasih azzah...insyaAllah..

azie Cheesy said...

@misz bubble~ mekasih...insyaAllah..

azie Cheesy said...

@tyka~ mekasih sis..

azie Cheesy said...

@CAB~ i try to be strong dear sis..

Oshin said...

salam takziah buat kamu...kuatkan semangat ok...jangan mengalah..teruskan perjuangan untuk mak kamu :)

azie Cheesy said...

@oshin~ tenkiu dear..insyaAllah i will..

L said...

semoga dia ditempatkan di tempatorg yg soleh2.. amin...

jom tgk kejap aja.=)

http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html

izaFiza said...

ya allah akak bru bace azie.takziah dari akak.berlinang air mata baca.kuatkan semangat.semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org beriman.Amin.

azie Cheesy said...

@izaFiza~ trima kasih byk kak..amiinn..

azie Cheesy said...

@L~ thnx...amiiinn

Nurul said...

baru ade kesempatan nak mlawat blog..ape pon takziah ye..moga trus tabah n success dlm idup,dunia n akhirat..insyaAllah..

azie Cheesy said...

@nurul~ trima kasih nurul..

cik maisharah said...

azie..k.mai baru tahu..harap azie tabah eh...takziah

azie Cheesy said...

thnx kak mai.. insyaAllah azie kuatkan smgt..

related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...