Sunday, August 28, 2011

berbuka bersama terengganu bloggers

assalamualaikum!



waaahhh nak raya dah ni...hari ni dah last puasa...semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun lepas dan semoga kita bertemu lagi ramadhan yang akan datang...


semalam sempat juga la join iftar bersama terengganu bloggers...1st time join gathering blogger! serious mula2 memang segan+nervous+gementar+excited semua ada...mula2 contact dengan woot2 dan tok esah je pasal gath ni...petang tu plak dah mula hujan...risau ramai tak dapat join...dan satu benda yang paling bermain di fikiran "ada tak perempuan yang join ni???"


mula2 msg dgn tok esah ingatkan tok esah ni perempuan...heheee...ok masa dah nak jumpa tu dia call sekali suara laki daaa...then bila tanya "ada perempuan dop tu?"...dia jawab "macam x dop je ni"...aiyakk aku dah rasa macam nak lari...hak3 segan punya pasal tp tak kan nak lari kot dah alang2 sampai situ dah...nasib gak aku bawak cousin2 perempuan ku sekali...hee...pastu baru nampak ada asma bluppy...yeay! ada geng perempuan...


yang pergi tak ramai pun...aku, asma bluppy, edie triggy, wootwoot, tok esah dan 2 spupu aku...oke ni memang 1st time aku jumpa blogger2 tersebut...kitorang berbuka dekat A&W batu buruk...ada yang beli makanan kat bazar, ada yang beli makanan A&W...aku beli nasi kerabu kat bazar...memang tringin nak makan sebab dah lama x pekena nasi kerabu...aku gn spupu2 aku beli makanan sebelum jumpa semua org ni lagi, masa tu x tau lak nak makan kat dalam A&W tu...ok fine aku gn spupu2 aku pun dengan selamba bukak nasi kerabu dalam A&W...haish x kisah la orang nak cakap apa, lepas ni tah tahun bila lak aku masuk A&W tu lagi...risau kena halau je...haha...kalau kat mekdi boleh kena halau tu...


syok gak dapat join gath blogger ni...ada pengalaman baru...hehee...sambil2 makan tu la kami berkenal2an dan bersembang2...banyak gak info dapat tadi...tapi tak dapat nak borak lama sebab nak kena solat maghrib kan...sampai situ je dapat borak...pastu masing2 balik...walaupun dapat jumpa sekejap tapi rasa puas hati...mekasih la sebab wat gathering tu..memang tunggu actually sebab tringin nak merasa gath blogger...hope pasni dapat join lagi... :)


ni pic kitorang, gambar tak berapa oke maybe sebab tadi de flash...takpe ada lagi gambar kat wootwoot :)

*
*
*
*
*

from left asma, edie, wootwoot, tok esah, azie

*credit pic to my cousin sbb tlg amik gambar*




pssssssttttttt: lepas ni jom ramai2 lagi join gathering bersama bloggers :)


Friday, August 26, 2011

selama cuti ni, aku menjadi seorang...

assalamualaikum dan salam 1 blogger..


pejam celik pejam celik, puasa hanya tinggal beberapa hari je lagi yang kita boleh hitung dengan jari sebelah tangan sahaja...memandangkan ramadhan semakin meninggalkan kita, syawal akan tiba tak lama lagi...raya!! bila raya dah nak dekat ni, maknanya tak lama lagi cuti pun dah nak abes...bg student ipt, cuti 4 bulan lebih ni mmg lama tapi x sangka dah nak berakhir pn =_=' masa dalam cuti yang lama ni, aku menjadi seorang...


PENGANGGUR

selama dalam cuti ni aku bukanlah pergi menanam anggur, tp seorg penganggur...aku mmg x kerja langsung, bukan x nak cari, dah cari, tapi direject...then tiba2 abah sakit kena serang sakit stroke,bley baca kat entri adik sayang abah...masa tu mmg aku dah stop pikir pasal nak cari kerja, aku nak berbakti dekat rumah tolong mak dan abah selagi ada masa cuti ni...nanti bila dah sambung belajar susah dah sebab dah jauh...so memang aku x kerja apa2, menjadi seorang penganggur yg berjaya..hehehe





BLOGGER

dan dalam cuti ni jgk lah aku mula mengaktifkan diri sebagai seorang blogger, selalu update entry dan berkenalan dengan ramai blogger dalam dunia blogger ni...macam2 benda yang aku dapat belajar bila jadi blogger nih...




HEROIN


oh aku bukanlah dapat tawaran berlakon untuk bergandingan bersama hero, tapi dalam cuti ni aku menjadi heroin pada seseorang...dia gelar aku heroinnya sbb aku datang membantunya dan sentiasa ada di sisinya setiap kali dia susah atau senang walaupun kami tidak bersua muka selama cuti ni...tapi aku masih mengklasifikasikan kami *masih dalam proses mengenal hati budi*...takut nak mengharap lebih2, nanti kuciwa hati parah susa woo...



PESAKIT

dalam cuti ni juga la aku menjadi pesakit setia pada klinik kerajaan bukit payung...aku cabut gigi 4 batang kat klinik tu memang x sakit langsung...aku kena cabut gigi sebab lepas ni aku nak pakai braces...sampai staff kat situ pun dah familiar dengan muka aku sebab aku selalu datang cabut gigi kt situ...kalau nak baca tips camne cabut gigi x sakit, boleh baca kat entri tips cabut gigi...





BIBIK

aku menganggur pun aku tak dok saje, aku jadi bibik kat rumahku sendiri sebab aku banyak ambil alih tugas mengemas rumah...bukan selalu dapat tolong mak wat kerja rumah sebab belajar jauh...masa ni la aku selalu buat kerja2 rumah supaya dapat ringankan beban mak aku...



DRIVER

ni aku suka...memang masa sebelum cuti aku pernah rasa nak jadi driver sebab aku suka drive...tapi aku bukan jadi driver pada bos2 syarikat ke hape, aku menjadi driver setia pada mak abah aku...sejak abah sakit abah dah x boleh drive, mak pulak memang x reti bawak kereta, jadi aku lah yang drive kalau mak abah nak pergi mana2...



lagi beberapa hari je dah nak habis cuti, maknanya lepas ni aku akan kembali ke bangi menjadi PELAJAR UKM




jadual kelas pun dah dapat dah...adeyy otak ni x polish lagi dah nak kena dengar kuliah macam dulu...dah sediakah?? tepuk dahi tanya otak...jangan tepuk kuat2 nanti x betul pulak...hehe *ok mengarut*...x tau la nak cakap dah ready ke belum...tapi rindu nak jumpa kawan2 yang dah 4 bulan x jumpa...x sangka cuti dah nak abes...lebih kurang dalam 2 minggu je lagi...


pssssstttttt: pics credit to encit google...sape2 yang dah nak abes cuti macam aku, korang dah ready belum nak sambung belajar?




related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...