Wednesday, September 12, 2012

program jalinan mesra bersama calon UPSR

assalamualaikum!


21/4/2012, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM UKM) terlibat dengan program jalinan mesra bersama mahasiswa UKM dan pelajar darjah 6 SK Taman Tuanku Jaafar 2 di Negeri Sembilan. tengok tarikh tu, bulan april! now da bulan september baru dapat update pasal mende ni, memandangkan sekarang musim exam UPSR. hehee.




ternyata bukan senang nak handle budak2 sekolah rendah ni. mmg perlukan kesabaran yang sangat tinggi. diorang ni kecik2, comel2, tp nakalnya pun boleh tahan jugak. macam2 telatah adik2 ni.


aku salah sorang yang jadi fasi dari Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM UKM). memandangkan pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada calon UPSR, jadi kebanyakan aktiviti adalah berbentuk akademik. terasa macam jadi cikgu plak. hehe. ade yang siap panggil kitorang cikgu, layan je la. 


  
ni la wajah adik2 comel calon UPSR SKTTJ2 

cikgu2 sekolah ni sgt2 baik & sporting. terima kasih banyak2 cikgu ! :)





paling tak dapat lupa bila dah habis program, ramai2 dtg mintak sign dekat fail diorang. rasa macam artis plak. haha perasan jap.


bukan tu je, kitorang ada gak buat mural dekat dinding skolah SKTTJ2 ni. mural tu ape? mural adalah karya seni yang dicat atau digunakan secara langsung di dinding, siling, atau lain2 permukaan tetap yang besar. ni la muralnya. 




sekarang adik2 ni & calon2 UPSR semua da mula exam. sepanjang handle program ni, teringat zaman2 skolah rendah dulu, macam mana la gamaknya perangai sendiri masa sekolah rendah dulu kan. ucapan ni ditujukan khas untuk cikgu sekolah rendahku dulu.. "terima kasih cikgu2 sbb dah banyak mencurahkan ilmu kepada sy, jasa cikgu2 sekalian dikenang selalu.." :). dalam banyak2 exam selama aku hidup ni, time UPSR je yang aku pernah dapat straight A's. huu..


p/s : all the best ye adik2! :)







Tuesday, September 11, 2012

i'm back!

salam 1 malaysia!

fuhhh setelah sekian lama x tulis kat blog ni. last update 9 feb 2012. hambekk kau! da lebih kurang 7 bulan aku x hupdate blog ni dan biarkan blog ni macam rumah terbiar yang da lama ditinggalkan. bersawang penuh! hehee lama gila kot x update. 


hye readers! eh ade ke lagi tah reader blog aku nih. header dengan background yang x penah bertukar setahun lamanya. hee. nak cerita sikit. ada sekali tu masa kat shopping complex ada orang tegur aku "eh, azie ke?"aku pun usha pelik cuba2 ingat kot2 aku penah kenal dia sebelum ni kat mana2 or dak sekolah tadika aku dulu ke. pastu aku tanya la mana kenal. dia  jawab "dekat blog". hoho terkezut jugak la ada yang cam aku dari blog. hebat sungguh insan tersebut dalam mengecam orang. hehee. oke sampai situ je ceritanya.


walaupun  aku dah lama x hupdate blog ni, tapi aku still contact dengan member2 blogger yang aku pernah jumpa. buktinya, masa buka puasa tahun ni aku ada lagi join berbuka puasa bersama blogger terengganu sama macam tahun lepas yang mempertemukan kami buat kali pertama tahun lepas. hehee. and raya pn still sama2 blogger lagi. sampaikan aku pun segan sebab masihkah aku bergelar blogger nak lepak2 dengan geng2 blogger ni lagi? group2 blogger kat fb pun da lama aku x jengah. nampak muka2 baru je ramai.


 ni la gambar raya bersama blogger di rumah eyda syahida.

ha kat atas ni gambar blogger2 yang ada masa raya 2012 ni. dari kiri PM, edie, arif, afif el nino, hafiz hafizol, bluewendy, eyda syahida, aku insan biasa je, & asma bluppy


maka isnin kelmarin bermulalah kehidupan aku sebagai student tahun 3 kat ukm ni. diorang yang amik course 3 tahun da boleh kira final year da. tapi untuk aku yang amik course 4 tahun ni kena sabar lebih sikit. hehee. sekarang da senang sikit nak update blog sebabnya sekarang duduk dekat bilik yang wifi lajuuuu macam roket. sebelum ni aku lama x update sebab sem lepas aku dapat bilik yang wifi slow macam siput. siput pun lagi laju kot =_='. 


tapi apa yang lebih penting harap sem ni dapat score lebih dari sem lepas. doakan eh :) 


wassalam.




related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...