Monday, September 26, 2011

najwa latif di pesta konvo ukm


assalamualaikum !


apa khabar semua? semoga sihat sokmo...hehee...td aku gi pesta konvo ukm sbb pg td kawan aku cakap ada najwa latif...disebabkan aku free malam ni tak ada meeting pape, aku pun pergi la pesta konvo nak tengok2 adik najwa dari jarak dekat...



planning nak tgk najwa je tapi dah agak mesti performance dia last sekali...so layan je la artis2 yang nyanyi...ada nadia, farawahida, nubhan...masa nubhan tengah nyanyi tetiba hujan sangat lebat menyebabkan aku dan kawan aku naik atas stage bersama ramai2 yang naik...so kami memang ada atas stage sekali dengan nubhan time tu...tapi tak dapat ambil gambar dengan nubhan sebab time tu ramai sangat so ambil gambar nubhan sorang jela...




memang tak sangka insiden tu akan berlaku sebab mula2 dok kat bawah just igt nak tengok dari jauh je la...sekali bila hujan lebat tetiba aku ada atas stage pulak...bila dah ada atas stage tu aku pun amik peluang ambik gamba dengan abg khairul dan abg muaz dari muzik fm...memang tak sangka la...diorang memang sangat sporting walaupun hujan2 kan...



with abg muaz muzik fm


with abg khairul muzik fm


then masa najwa latif dah naik stage memang dapat tengok dari dekat la sebab kitorang ada atas stage sekali time tu...so memang x lepas peluang la ambil gambar najwa tgh nyanyi life depan mata aku ni...then bila dia dah abes nyanyi aku tengok jela orang dok ambil2 gambar dengan dia...dalam hati aku "nak gak, tapi mesti ramai yang nak ambil gambar ngan dia, susah la nak dapat"...then aku pun tengok je la dia dikerumuni ramai, aku malas nak menyempit...




then bila dah turun stage aku ngan member aku gi belakang stage nampak macam dah kurang orang dekat najwa kitorang pun amik peluang juga la...last2 berjaya jugak dapat ambil gambar dengan najwa yang comel tu...dia salam siap cium tangan, sopan je...hehe...

tadaaa!

me n friends with najwa latif :)


*semua gambar di atas diambil dari camera handphone aku sendiri*

psstttttttttt: pada sapa2 yang tak kenal najwa latif boleh search kat youtube , twitter or facebook



Sunday, September 25, 2011

alert dengan temperature kereta !

assalamualaikum dan hye bloggers!


rindu sangat2 dekat blog aku ni dan rindu sangat2 gk kat bloggers sekalian...kebelakangan ni tak dapat nak update selalu sebab sibuk memanjang...harap dapat bagi perhatian lagi kat blog ni lepas ni...



oke cukup untuk mukadimah...aku nak cerita sikit saat2 genting aku bersama kereta kesayanganku...hari jumaat baru ni aku pergi kajang ada appointment...aku bawak dengan steady macam biasa tanpa menyedari ada bahaya yang sedang berlaku...



tiba2 on the way aku nak blek ke ukm tu masa tengah berhenti kat traffic light, mata aku terpandang sesuatu yang sangat menakutkan...nak tahu apa dia? mata aku terpandang kat meter temperature yang masa tu temperature nak sampai tahap paling tinggi...



masa temperature kereta naik sampai macam tu sekali temperature aku pun ikut naik gak, gelabah terus...bukan setakat gelabah tengok temperature tinggi, aku nampak pulak ada asap keluar dari bonet depan kereta aku...aku dah gabra takut kereta tu meletup bila2 masa je sebab masa tu aku kat traffic light...



then aku terus berhenti kereta kat tepi jalan dengan suspennye...aku pun call si dia, abah, abang...semua orang aku nak call sebab tak tau apa nak kena buat...aku ni bawak kereta memang pandai tapi bab2 tengok pe masalah kereta ni memang aku failed...



then solutionnya time tu aku tambah air dan berhenti lama gak kasi cool kereta...tapi aku fikir sampai bila aku nak tunggu kat situ, lepas nampak temperature dah turun sikit aku pun dengan redhanya bawak kereta balik ukm...nasib baik aku dengan sorang lagi kawan aku time tu...



masa nak bawak balik tu macam2 bermain dalam fikiran ni tapi aku redha je...alhamdulillah aku sempat sampai kt kolej....then aku pun mintak tolong si dia cari workshop yang boleh dipercayai dan kitorang pun bawak kereta kat workshop yang tak jauh sangat dari ukm...



rupanya kereta tu ada masalah motor yang rosak, aku pun kurang memahami apa masalah kereta tu. yang aku tau abg bengkel tu cakap motor dalam kereta tu rosak, *bukan motosikal k*...hehe...



lepas dah diganti dengan yang baru, *bukan ganti kereta baru*, alhamdulillah kereta ku dah kembali pulih dan tak risau lagi nak bawak...terima kasih yang tak terhingga pada si dia yang banyak membantu...




ni la kereta kesayangan yang banyak berjasa

ABY 6808



pssssssssttttt: kepada pengguna2 kereta sekalian harap alert selalu dengan meter temperature tu ek...supaya dapat mengelakkan perkara buruk daripada berlaku...rindu bloggers sekalian.. peace ^^,

Thursday, September 15, 2011

masalah yang melanda

assalamualaikum !


apa khabar readers sekalian? sekarang musim hujan kat sini, beberapa hari ni asyik mandi hujan je...payung lak tertinggal dekat kedai makan, so dah x ada payung, sbb tu asyik main hujan je la...huuu pada yang dah demam atau dah ada tanda2 nak demam tu makan la ubat k...sedar tak sedar dah dekat seminggu ada kat uni ni...rasa macam baru semalam je daftar kolej...masa memang pantas berjalan...sejak balik uni ni rasa macam2 masalah lak nak muncul...



1st lappy aku tetiba problem...actually aku update guna lappy kawan aku ni, sebab lappy aku sedang di repair...tiba2 lappy tak dapat nak detect wifi...sedih gila sebab orang lain sedap2 boleh guna wifi yang laju ni, aku nak on9 pun x dapat...tapi dengan ihsan kawan aku dia bagi guna lappy dia untuk aku on9...masa dah nak balik hostel hari tu punya la excited boleh download cerita best2 sebab wifi laju...sekali sampai tengok2 tak dapat detect wifi pulak...sadis gila...terpaksa on9 guna lappy kawan aku...tapi aku guna time dia x guna la...thnx a lot my fwen...sekarang lappyku ada kat member aku yang terror bab2 repair lappy ni...sebelum ni pun pernah jadi camni, then dia boleh repair...now jadi balik, so suruh dia repair lagi...




2nd, aku jadi tak boleh nak tidur...kalau dekat rumah masa cuti lama tu pukul 11 pun aku dah rasa mengantuk...pukul 12 tu kira dah memang time untuk tidur...pukul 1 paling lewat aku tidur kat rumah, tu pun jarang la tidur kul 1...tapi dari hari first aku tidur kat ukm ni, macam susah nak tidur...bila tidur macam x lena je...asyik2 terjaga...aku tidur lambat tapi terjaga awal...maybe sebab perubahan suasana dan keadaan kot...tak kan dapat penyakit insomnia tetiba kot?? haish tak tau la...




3rd, masalah hati dan perasaan...yang ni memang susah nak describe camne tapi seriously hati dan perasaan agak terganggu sikit *macam banyak je*...masalah hati ni susah nak control kan...bagi aku, aku rasa masalah yang susah nak cari jalan penyelesaian adalah masalah hati dan perasaan...aku sendiri confuse dengan diri aku sendiri...susah nak jaga hati semua orang...tapi macam mana pun yang penting kena sabar dan tabah hadapi semua tu...Allah dah tentukan sebaik2 jalan untuk kita lalui...




walaupun de macam2 masalah, tapi aku selalu guna ayat ni dalam kepala aku "jangan jadikan ni satu masalah besar"...walau sebesar mana pun masalah yang kita ada, kita fikir itu cuma masalah kecil yang boleh selesaikan tanpa pening2 kepala...yang penting sabar hadapi setiap dugaan dan cabaran...jangan lari daripada masalah sebab masalah akan terus mengejar kita...tapi terima je setiap masalah dan anggap itu sebagai satu cabaran...cewwah! macam bagi nasihat pulak kan...ngee~



pssssstttttt: salah satu cara nak kurangkan masalah adalah sentiasa senyum... :)







Wednesday, September 14, 2011

sekadar hilangkan rasa kekok

assalamualaikum!



lama sgt2 x update blog ni *padahal baru 6 hari*...tapi da hampir seminggu jugak blog ni x diupdate...rindu banget! sebab sibuk kelas dah bermula dan sibuk dengan kena handle persiapan untuk Minggu Perkenalan Persatuan Pelajar (M3P) kat UKM ni...busy macam mana pun aku x nak blog ku ini terabai begitu sahaja...huuu



masa cuti aku rajin jugak update blog, blogwalking, kenal bloggers2...siap hang out dengan bloggers lagi...heheee tapi bila dah start belajar ni rasa macam terabai je blog ni...oh tak nak tak nak...dah sayang kat blog ni, x nak biarkan begitu sahaja...sejak daftar masuk u balik ni x update blog lagi, so ni rasa kekok semacam lak...tak tahu la kenapa...perubahan suasana kot...sebelum ni mostly update kat rumah...huuu...



sambil2 tulis ni nak ucap la selamat datang pelajar baru ke UKM ni...hehee...tak nak tulis panjang kali ni, sekadar menghilangkan rasa kekok yang tetibe ni je...oke dah rasa cool sikit...



psssssssstttttt : ni entry paling pendek dan ringkas pernah aku tulis... #taksangka :D




Friday, September 9, 2011

riang ria bowling bersama bloggers :)

assalamualaikum!


apa khabar semua?? semoga bersemangat nak habis cuti...*padahal aku yang tak semangat nak balik, barang tak packing lagi...heee*...oke malas nak cakap panjang tapi nak menaip je...ngee...semalam aku hang out dgn bloggers lagi...actually planning semalam nak pergi rumah pinky momma...tapi tetiba hari rabu cakap cancel sebab pinky momma nak buat hari sabtu...melepas la nak join hari sabtu sebab sabtu pagi dah nak gerak ke kl...sadis :(


tetiba rabu malam tu aku dapat msg dari asma,

"esok free tak? jom hang out.."

aku jawab,

"free2, nak2 huhu..."

*nampak excited tak cara aku reply? hehee*



then kami pun planning nak pergi main bowling dekat TER (terengganu equestrian resort)...mula2 risau gak ramai orang, tapi bila sampai tengok2 x ramai pun...bloggers yang terlibat semalam adalah asma, eyda, edie, faizal dan aku...kami main 2 game...aku dah lama tak pegang bola bowling, so mula2 main agak kekok di situ ye...hehehe...hebat2 mereka main bowling, segan aku...huhu tapi tak apa, janji lepas gian nak baling bola tu bagi kena pin walaupun ada yang x kena sebab tersasar ke longkang...tapi buat apa kalau ada longkang kat situ kalau tak bagi masuk kan?? kah3 *mengarut*...lepas ni lambat lagi boleh jumpa lagi mereka ni...seriously akan merindui kalian...thanks 4 everything...harap dapat jumpa lagi ramai bloggers2 sporting :)


oke jom layan gambar2 bloggers ni


*
*
*


from left
pendambamawar
,
edie trigyy
,
eyda syahida
,
asma bluppy
,
azie







ni hasil lepas 2 games...sapa no 1? cuba teka..yang pasti bukan aku...hehee



pssssttttt: esok pagi aku akan berlepas ke kl dr terengganu...doakan perjalanan selamat ek...barang tak habis packing lagi =_='




Tuesday, September 6, 2011

syok beraya bersama bloggers

assalamualaikum!


amacam raya?? sakan lg beraya eh? nikmati la baki2 hari yg tinggal ni sebelum nak sambung study balik.. otak pun tepu lagi ni...yang dah habis cuti tu...selamat pulang ke tmpt blaja masing2 ye...btw, dari raya 1st aku x dapat nak update blog sebab busy+internet macam siput...ni pun dapat on9 guna broadband abangku...


raya kali ni aku rasa best dari tahun lepas...sebab tahun ni baju raya aku ada banyak berbanding tahun lepas...hehehe...then tahun ni raya dengan keadaan rumah yang siap walaupun de sikit2 lagi yang x siap, tahun lepas rumah tengah renovate time raya so macam x rasa raya sangat...huhu...


tahun ni masuk 2 tahun aku raya sebagai anak terengganu sebab aku baru pindah terengganu tahun lepas...sebelum ni aku dok kat perak dari lahir sampai umur 19 tahun...so sebelum2 ni aku beraya di perak...kawan2 aku pun mostly kat perak...selalu tiap2 tahun mesti ada gi beraya ramai2 dengan geng sekolah rendah dan sekolah menengah...start tahun lepas memang aku dah x dapat join diorang, hanya memerhati mereka planning dari jauh je...sob sob sob...memang sadis...lepas tu pulak aku ni belajar jauh dari terengganu so memang x sempat nak cari geng kat terengganu ni...ada tu ada tp x berapa nak kamceng gitu...


then tahun ni tahun pertama aku sebagai blogger...aku suka tengok bloggers punya gathering...nampak united...so aku pun teringin la jugak nak join gathering bloggers ni...1st gath yang aku join time buka puasa...then time mlm raya kedua asma mesej ajak aku join lagi gath beraya rumah bloggers kat terengganu ni...aku pun join masa raya ketiga tu pergi rumah asma, iqbal, eyda...kali ni aku dapat jumpa dengan ramai bloggers...diorang hebat2, terasa diriku kerdil...huhu...tapi seriously mmg best...time tu memang ramai blogers aku dapat jumpa...excited ouh! then raya keempat pergi rumah edie pulak...sakan aku beraya rumah bloggers je kali ni...aku rasa best dapat kenal ngan diorang, dapat kawan2 baru yang sporting dan hebat2 belaka...lepas ni x de la rasa sunyi sangat kat terengganu ni...peace :)



kat rumah iqbal hakimi
guyz from left: iqbal hakimi, wootwoot, tok esah, rawt rawt, edie trigyy
girls from left: azie Cheesy(me), asma bluppy, cik hippo



kat rumah eyda syahida
guyz from left: hafiz hafizol, edie trigyy, tok esah, pendamba mawar
girls from left:eyda syahida, azie Cheesy(me), izaHafizah, asma bluppy



kat rumah edie trgyy
guyz from left: edie trigyy, tok esah
girls from left: azie Cheezy(me), asma bluppy, eyda syahida, adik eyda, adik tok esah...yg kecik comel kt depan tu pn adik eyda...




*gambar sesat* hehehe...ni pics aku di raya pertama...peace :)


pssssstttttttt: seriously aku segan dengan mereka yang hebat2 ni...best dpt kenal dgn drg... :)



related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...