Sunday, June 9, 2013

Nasi ayam penyet seksyen 4 bangi

Salam !

Pekaba semua??
Student2 U skrg tgh musim2 exam ka.. sure sibuk study je semorang. Aku smpt lg nak update kejap. Mentang ade tab skrg rajen plak mengupdate kan. Dulu pakai laptop malas kalau nak update nak kena bukak2 laptop. Huu.

Semalam x makan sgt, hari ni terlebih makan plak. Ikut budak2 laki klas aku makan, mula2 nak mkn kt nasi ayam madu kt tepi ukm, tup2 pegi tutup plak.. pastu2 pikir2 nak pegi makan kat mana, lastly nasi ayam penyet seksyen 4 jadi pilihan. Bulan ni saje aku da byk kali makan kt situ. Tp x pernah bosan sbb aku suka. Kt situ mmg jadi tumpuan budak2 ukm, kalau pergi makan kat sana x ada student ukm mmg x sah. Ada aje. Tp sapa yg x pernah try lg n nak cari kedai ayam penyet area bangi ni boleh try sana. Kedainya agk tersorok.

Directionnye kalau dari ukm keluar gate je straight pastu amik roundabout pukul 3, lepas tu straight je sampai jumpa simpang ke kanan yg terakhir sebelum jumpa roundabout kedua. Lepas da masuk simpang tu straight lg sampai jumpa petronas, dpn petronas ada simpang ke kanan, masuk simpang tu. Pastu trus lg smpai jumpa la kedai tu di hujung jalan. Senang je kan.

Kt situ boleh makan byk2 n siapa yg suka makan pedas mcm aku sesuai la gi tmpt tu. Oke lepas da selesai makan, budak2 ni ajak gi makan cendol plak. "Weh korg ni x kyg lg ke?" Padahal masing2 ckp kenyang tp nak pergi jugak makan cendol sbb kedai cendol tu otw nak balik ukm je da jumpa. Kt seksyen 3. Aku 1st time try cendol kt kedai tu. Yg aku pelik, "motip letak mangga dalam cendol?" Haha pastu kwn aku ckp nk naikkan harga kot tu yg letak mangga. Tp sedap gak la.

Oke2 nak sambung study.. chaiyok2 kwn2 !

Saturday, June 8, 2013

08 06 13

Salam !

Hari ni aku xde keluar makan pun.. punya la nak jimat plus malas nak turun cari makan.. dok kat blik tadi mkn megi je.. alkisah nak mkn megi td.. air da masak, tinggal nak masukkan dalam megi je.. bau megi macam semacam., aku pn belek2 plastik megi nak cari expired date.. belek2 lama gila tp x jumpa pun. Pastu aku pn buang plastik megi tu kt dlm tong sampah kecik dlm bilik. Pastu rasa x puas hati, amik balik plastik megi tu pastu belek lagi. Tup2 jumpa. Pastu aku cek pulak tarikh hari ni berapa hari bulan, tgk2 080613 sama dgn tarikh megi expired tu. Dan aku pun truskan je mkn megi tu akibat da kelaparan sgt.

Bukan sekali aku kena kes makan megi expired ni, bulan lepas pun lebih kurang jgk. Yg lg dasyatnye, aku da masak 2 bungkus megi dalam multicooker sbb nak mkn dgn member aku. Tp bau megi cm semacam, belek2 plastik tgk2 expired da sebulan da. Tp masa tu mmg lapar sgt n da tgh masak dlm multicooker. Pastu bila megi tu da siap masak aku pun cek la try2 rasa sikit rasa macam oke, tp risau jugak mkn megi expired ni, pastu aku n kwn aku pn google ape effect kalu mkn megi expired ni, sambil suap megi dkm mulut, sambil google. Kebanyakan website ckp megi yg expired mmg boleh makan walaupun da berbulan, tp aku tkot ade side effect, aku gn kwn aku wt decision makan separuh je wt alas perut., punya la sadis..

Oke berbalik kepada kes  megi aku hari ni, disebabkan tarikh expired megi tu sama dgn tarikh hari ni, membuatkan aku tringat birthday kawan2 baik aku hari ni., kalo x msti aku x taw pn tarikh ari ni brape hb. So... happy birthday buat zulhilmi faiz n athirah ibrahim! Moga pnjg umor mura rezki... :)

P/s : tahniah blogger irene nadia ats kelahiran baby sulungnya.. cute ! ;)

Thursday, June 6, 2013

Gonna miss them

Salam !

Malam semalam main bowling dekat warta bangi.. ni geng2 persatuan aku kt ukm.. banyak suka duka yang kami da kongsi sama2 kt ukm ni.. mostly dr diorang dah 3rd year means da final year.. tinggal bertiga je yg ada untuk sem2 akn dtg sbb kitorang je yg amik course 4 tahun.. yg lain da nak grad da.. mcm x sangka plak pejam celik dah 3 tahun duduk kt ukm ni.. dan ape yang aku rasa, nak cari kawan sejati kt universiti mmg payah..

Rasanya event main bowling mungkin yg terakhir kami bersama kt ukm ni.. sedih plak.. lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa bila semua dah jauh2, dah kerja.. ada lg 2 org yg x dpt join main bowling ni hari tu.. aku sayang korang.. moga ikatan kita terus terjalin..

Upsm batch24~

Lots of love..

Aziza
Amaliza
Syafiza
Julianiza
Aya shahira
Fatinnabila
Imamah
Solehah

Tuesday, June 4, 2013

Hepy besday yatikus!

Salam  !

Hari ni birthday kawan aku dr 1st year kt ukm ni,, aku dgn dia je malay girls dr course yg sama n kolej yg sama masa 1st year dulu.. msuk 2nd year kitorg sama2 mintak tukar kolej n dapat bilik depan2... last year aku x dpt celebrate birthday dia sama2 dgn kawan2 klas yg lain sbb time tu aku kt terengganu.. tahun ni dapat la celebrate birthday dia.. masa 1st year byk gambar aku dgn dia.. bila aku tgk balik gambar2 tu aku tringin nak buat collage.. then aku berjaya jugak buat collage gambar kitorang.. then ni la hasilnya..

Taraa..

Happy birthday nurhayati abdul razak!
Semoga panjang umur murah rezeki..
Semoga bertemu jodoh yang baik n cepat2 la kawen..x sabar nak makan nasik minyak ni.. huu
Aku sayang kau..
Bff forever!

Monday, June 3, 2013

my lucky day

salam!
oke aku igt nk let go blog ni tp syg la plak.. jadi aku wt keputusan nk truskan lg blog ni.. lama gila kot xupdate. org pn da xnk view da blog aku ni sbb da lama xde post baru. hehe, erm ditambah plak dgn laptop yg screennye rosak, boleh guna lg tp kena sambung dkt monitor pc lain.. hurmm. mcm ni..



laptop tu da pakai lama, since sebelum masuk matric lagi sampai sekarang masih berkhidmat., syg nak tukar yang baru walaupun mak da bg green light nak suh beli laptop baru tp x rasa lagi nak beli..
oke sebenarnya nak cerita pasal kelmarin hari bertuah aku. macam mimpi jugak la. Kelmarin masa dekat program myharapan ada lucky draw. tp lucky draw bukan sekadar cabut nama terus menang tw. lepas da cabut nama tu kena main 1 game tembak sasaran hadiah yang kita nak, ada sasaran samsung galaxy tab 2 7.0, sony experia, hardisk, t-shirt my harapan, headphone beats, and cap myharapan.
oke mestilah sasaran utk galaxy tab yg jadi pilihan hati kan. setiap org diberi 3x tembak sasaran. kali pertama aku tembak x mengena, kali kedua hampir kena. kali ketiga tu aku aim betul2 dan tanpa disangka...tup kena! melompat aku kat depan semua org, ade 1 je galaxy tab ni. sume aim yang tu. menjerit sume orang. mengeletar aku ambik gambar. sampai skrg aku rasa mcm mimpi. bukan senang nama aku nk disebut kalau ada lucky draw nih. ni kira second time gak la., first dulu dpt pendrive 8gb. pastu ramai pulak yang berebut nak tab, haha. ni pun update guna tab. padahal baru je lg beli s3.baru sgt. tp alhamdulillah rezeki..



ni nak cerita sikit pasal myharapan. Weekend baru2 ni myharapan ada buat myharapan youth tour dkt ukm. dimana siapa yang ingin mendapatkan funding daripada myharapan kena wt presentation psl projek yang ingin dijalankan tu. bagi aku myharapan ni sgt hagus sebab mereka nk bantu sesiapa yang ingin bantu masyarakat, bukan sume projek dapat funding dari myharapan tp projek yang give contribution back the society yang dicari oleh myharapan. so bg aku x rugi la join myharapan ni masa dekat ukm. n aku galakkan kepada mereka yang ingin bantu masyarakat tu boleh la kemukakan kepada myharapan ni, akak2 n abg2 myharapan pn sgt sempoi, sporting n best!
oke bila da lama x update panjang berjela plak entry aku kan. kepada blogger2 baru di luar sana, hai selamat berkenalan. :)


related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...