Sunday, December 25, 2011

gathering blogger selatan di Melaka

assalamualaikum !


pd 17 & 18 Disember baru ni aku join gathering blogger selatan kt Pengkalan Balak, Melaka..da lama baru aku nk update kan? busy la kononnya.. biarlah, asalkan aku ada kenangan bersama blogger2 ni.. hehee.. aku di invite oleh encik HAFIZ HAFIZOL.. aku bertolak dr ukm dengan HAFIZ HAFIZOL & LUTFI SYAFIQ..


then kitorang pergi ke melaka sentral dulu untuk jumpa EYDA SYAHIDA, KUNCI LOCKER, AYDAH, ZATIE, YADZ, n YAZID TORPEDO pun ada..


then kitorang 3 buah kereta gerak ke pengkalan balak sama-sama..seriously aku berubah menjadi seorang yang sangat pendiam sebab aku tak biasa dgn diorang lagi...tu 1st time aku jumpa diorang n aku tahu diorang sure tak kenal aku..hohoho...aku blogger biasa2 jeee...aku pernah jumpa EYDA je sebelum ni masa beraya antara blogger terengganu kat rumah EYDA n pernah main bowling sama-sama kat terengganu...HAFIZ HAFIZOL aku dah biasa jumpa dekat ukm..nama pun 1 kolej...errrrr...


masa sampai tu ada sesi ice breaking...kat situ baru la aku dapat kenal blogger2 ni...petang tu pulak ada sukaneka...sebelum sukaneka ada sesi teka url blogger...siapa salah teka kena conteng muka dengan cat...aku kena teka url blog CIK TYEE... adey aku tersalah sebut jarijemarikumontel.blogspot.com...tak pasal2 muka aku jadi mangsa conteng cat oleh CIK TYEE n MAIRA QUEEN...terlebih jari je sebenarnye....sepatutnye jemarikumontel je... huhu...

sesi ice breaking

muka kena conteng dengan cat
sukaneka






malam tu ada barbeque, karaoke, dan sesi tukar2 hadiah...untunglaaa hadiah aku dapat kat EYDA SYAHIDA...huhuhu...EYDA jg baik2 taw benda tu...untunglaaa sama dengan PUTERA REMAJA kannn....aku lak dapat hadiah dari YAZID TORPEDO...dapat beg dari jogja k...#silajanganjeles...


then lewat malam tu ada sesi bercerita kisah cinta bersama PUTERA REMAJA, KUNCI LOCKER, AYDAH, EYDA SYAHIDA, ZATIE, NOR FATIAH YADZ n MAIRA QUEEN...lama sikit pastu YAZID TORPEDO pun datang share kisah cinta jugak...seronokla dengar kisah2 menarik korang2 semuaaa...huhuhu...then kak ALYA ESPREZZO pn join sekali...


esoknya tu semua dah nak gerak balik...thanks semua yang sporting2 belaka...


blogger2 yang terlibat:

perempuan:












lelaki:



Link













oke start 3hb 1 2012 - 20hb 1 2012 aku exam final sem 3... doakan eh :)

#kbai












Wednesday, December 14, 2011

jawab exam sorang-sorang

assalamualaikum !


oho lama betul tinggal blog nih. busy memanjang. rasa macam 24 jam sehari tu macam tak cukup. dengan assignment, quiz, handle program, midsem yang tak habis lagi, final yang dah nak dekat. hohoho. banyak nak kena settle.


masa memang cepat sangat berlalu. kerja banyak tak selesai lagi. kadang2 sampai tak tido 1 malam kena siapkan kerja. huu. aku pulak ada midsem tak habis lagi. classmate aku semua dah habis midsem. untuk sem ni midsem ade 3 papers. semua paper aku kena jawab sorang2. sebabnya masa hari exam ada musibah menimpa aku sekeluarga.


jadi midsem aku terpaksa la dipostpone kan untuk aku seorang. lain betul feel jawab exam sorang ni tak ada kawan2 di sekeliling. tak syok pun ada. huu. kalau ada kawan2 boleh jugak intai2. hak3 oke tu tipu, aku bukan kaki tiru time exam. bukan la, at least kalau jawab exam dengan kawan2 ada gak semangat nak rasa cuak ramai2. ni kawan2 sedap tido aku yang cuak sorang2 nak jawab exam.


esok takda kelas tapi de midsem kul 1. tu baru 2nd paper untuk midsem. lg 1 paper lecturer cakap mungkin lepas habis final baru jawab midsem sebab soalan untuk aku seorang tak siap lagi. apa punya semangat la nak buat soalan baru untuk aku sorang. hoho.


oke nak study untuk midsem esok. doakan eh :)

#kbai


Monday, November 28, 2011

kepergian seorang abah yang ku sayangi ke Rahmatullah

 

20/11/2011

aku jadi urusetia di pantai cermin, port dickson…bila dah selesai tugas aku sebagai urusetia tiba2 aku dapat panggilan dari kakak aku,

kakak: dik, esok ada exam ke?

adik: ada, esok, lusa, khamis ada exam…

kakak: kalau tak payah amik dulu exam tu boleh?

adik: nape ni kak?

kakak: abah tengah tenat ni…balik la hari ni…

(dengar suara kakak aku nangis, air mata aku pun turun dengan laju…)

adik: betul ni kak? cakap la betul2…

kakak: betul la ni…abah dah nazak…kalau kakak suruh balik naik flight, reti tak?

(lagi laju air mata aku keluar…)

adik: tak reti…malam ni adik naik bas…

kepala aku pun jadi tak tentu arah dah, air mata tak berhenti keluar…then bila fikir2 balik, kalau naik bas, kul 5 pagi sok baru sampai terengganu…and aku wat keputusan nak naik je flight…masa tu tak fikir dah tiket mahal ke, tak reti ke…kalau tak reti boleh tanya counter service…then adik bradik upsm aku yang jadi urusetia sama2 dengan aku pun tolong hantar terus pergi lcct dari port dickson tu…mula2 ingat nak balik ukm dulu amik barang2, tapi fikir2 memang tak sempat kalau nak balik ukm dulu dengan jalan jem lagi…then diorang hantar terus ke lcct…aku balik dengan keadaan sehelai sepinggang dengan barang2 yang aku bawak untuk jadi urusetia tu je…

pukul 6.30 petang aku sampai lcct, aku terus pergi kat information service tanya kat mana counter ticket…alhamdulillah aku dapat tiket pul 8 malam…dah selesai solat asar dan maghrib, dah salam2 semua orang, aku pun nak check in…tetiba abg tu ckp aku tak print ticket lagi…aku memang tak tahu kena print ticket dulu sebab tak pernah naik flight sendiri sorang2..then masa nak print boarding pass tu, tak boleh sebab kena print kt machine tu sejam sebelum dari waktu berlepas…aku dah cuak,..masa tu dah pukul 7.30 malam…pastu kena pergi service counter…service counter masa tu ramai sangat…aku dah sangat2 cuak time tu…then aku potong barisan yang panjang tu dan terus gi kat counter nak minta boarding pass…alhamdulillah sempat then aku terus check in dan tinggallah aku seorang diri kat situ…

bila dah pukul 8 malam dapat plak announcement flight delay sampai pukul 9…aku dah semakin risau…so aku tunggu je sampai pukul 9…bila dah pukul 9, flight pun berlepas…

aku sampai terengganu dalam pukul 10 lebih, sepupu ambil dan terus bawak aku pergi hospital…mak ngan kakak aku pun de kat hospital…sampai2 je aku kat abah, terkejut sangat2 aku tengok keadaan abah camtu...airmata aku memang tak berhenti mengalir…

“abah, adik ni….adik datang ni…”

tapi abah dah tak boleh cakap…bernafas pun guna mesin oksigen…tapi mata abah masih terbuka lagi time tu…aku nampak mata abah pandang mata aku masa aku panggil tu…sebak sangat rasa hati…sayu tak terkata…

lama aku berdiri tepi abah pandang keadaan abah yang aku tak sangka sampai macam tu sekali…lepas tu aku ngan kakak aku dah nak balik rumah…mak nak tinggal dengan abah kat hospital…

21/11/2011

bila sampai rumah, aku tidur dalam keadaan yang tak tenang…tiba2 kakak aku kejut dalam pukul 4.30 pagi…

“adik, bangun dik…abah dah tak de….jom pergi hospital sekarang…”

berderau darah aku dengar berita yang tak disangka tu…terus aku siap2 nak pergi hospital…time tu airmata da start mengalir dan tak nak berhenti…sampai2 kat hospital lagi laju airmata aku mengalir tengok tubuh badan abah yang terbujur kaku dibaluti kain putih…macam susah aku percaya time tu yang abah dah tak ada sebab baru je beberapa jam lalu aku tengok abah bernyawa lagi dan berharap dapat tengok abah dengan keadaan yang lebih baik keesokan paginya…

tapi apa yang aku fikirkan tu meleset…4.24 pagi, abah dah pergi meninggalkan dunia ini dan meninggalkan kami sekeluarga…dengan airmata yang asyik mengalir aku bacakan yassin kat tepi abah…abah dikebumikan lebih kurang pukul 10 pagi dengan suasana hujan yang tak berhenti-henti…airmata aku pun mengalir sama seperti hujan yang turun…Alhamdulillah segala proses pengebumian berjalan lancar walaupun keadaan hujan…

arwah abah meninggal akibat sakit dalam perut…beberapa hari sebelum abah pergi, abah dah boleh drive dan sihat macam biasa…sebab sebelum ni memang abah selalu sakit2…aku pernah tulis dulu masa abah mula2 kena stroke dekat entry ni… sejak tu abah dah tak drive sampai la beberapa hari sebelum abah pergi…abah pergi dengan cepat sangat…aku tak sangka aku kena hadapi situasi macam ni… =’(

kami sekeluarga redha dengan ketentuan Ilahi…daripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali…

 

“Ya Allah, tenangkanlah roh abahku di sana…tempat abahku dalam kalangan orang orang-orang yang beriman…ampunkan segala dosa semasa hidupnya…”

 

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!

 

lepas aku sampaikan berita kepergian abah pada orang2 tertentu, tak henti-henti mesej aku dapat yang mengucapkan takziah…seminggu aku tinggalkan kelas dan segala exam midsem yang sepatutnya aku kena jawab pada minggu kejadian ni…

kini aku dah balik semula ke ukm, semoga dapat diteruskan lagi semangat ini untuk teruskan belajar dan ambil 3 paper midsem yang ditangguh tu…final exam pun dah tak lama je lagi…

terima kasih pada semua yang ucap takziah dan yang terus bagi semangat pada diri ini untuk teruskan kehidupan…

 

"Wahai Allah, ampunilah dosa-dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku ketika aku kecil" 

 

~al-fatihah~

 

 

 

Thursday, November 17, 2011

ekspedisi pendakian ke Gunung Nuang bersama UPSM UKM


assalamualaikum n hye all readerz n bloggerz!

sangat sangat sangat lama dah tak update blog ni kan…2 minggu lebih gak la…erk lama la tu kan? hehe…spider pun dah mula nak buat sawang…

hari jumaat sampai ahad baru ni bersamaan dengan 11-13 nov aku jadi urusetia untuk program mendaki gunung di Gunung Nuang anjuran UPSM UKM…oke aku bagi info sikit mengenai gunung nuang ni…

gunung nuang terletak di dalam Malaysia dengan ketinggian 1.493 meter (4898 kaki). sangat tinggi kan? gunung nuang ni puncak sempadan Pahang dan negeri Selangor. Gunung itu sendiri adalah titik tertinggi di Selangor dan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa.

seriously ni memang pengalaman pertama aku mendaki gunung…sebelum ni aku cuma pernah daki bukit je…gunung belum pernah…ahaha…memang aku rasa exited dah tawan puncak yang tertinggi di selangor ni…

kami start pendakian ni selepas asar, sampai dekat kem lolo lebih kurang pukul 8 malam lebih kot…lama jugak kami berjalan nak sampai kat kem lolo tu, dari nampak matahari sampai langit dah gelap…kat kem lolo kami bermalam dan masak2…barang2 untuk masak dah bawak dari ukm, so sampai sana perut lapar, masak2 then makan…hehee…

PB110781

perjalanan naik ke kem lolo

pagi2 dalam pukul 8 lebih kami gerak dari kem lolo untuk sampai ke puncak…perjalanan nak ke puncak memang sangat2 berliku dan mencabar fizikal dan mental…

PB120827

PB120859

PB120860 378697_299475116744426_100000458212753_1063938_2065319706_n

PB120864

walaupun penat sempat lagi posing…peace :)

then kami rehat kat kem pacat, pelik kan nama kem ni? dalam kepala dah fikir sure banyak pacat kat tempat nih…tapi alhamdulillah sepanjang 3 hari 2 malam tu aku tak menjadi pilihan pacat untuk jadi makanannya…hehehe…

PB120847 391052_299475143411090_100000458212753_1063939_630758655_n

PB120854

PB120853

suasana kat kem pacat…

sebelum sampai puncak nuang, akan jumpa puncak pengasih dulu…nak sampai ke puncak pengasih ni pun dah termengah2, belum sampai puncak nuang lagi tu…tapi sempat lagi berposing… :)

383627_299475170077754_100000458212753_1063940_851847149_n 376119_299475200077751_100000458212753_1063941_532836264_n

with abg guider yang sporting…sweet kan nama puncak pengasih? :)

lepas dah mengharungi segala pokok, kayu dan macam2 lagi, akhirnya dekat pukul 1 tengahari baru sampai atas puncak…alhamdulillah syukur sangat2 bila dah sampai atas puncak tu, macam tak percaya je 1 gunung dah aku tawan…hehehe exited kan? padahal orang lain ade je yang dah banyak kali naik gunung…takpe, ni pengalaman pertama aku, so biar aku nak exited…ahaha…

atas puncak tu sejuk jangan cakap la, sejuk sampai menggigil macam duduk dalam peti ais…sejuk tak sejuk tak? sampai2 puncak tu dengan laparnya, penatnya…penat penat jugak, perut kena isi, memang kami dah bawak makanan siap2 dari bawah untuk makan atas puncak tu…dalam perjalanan nak sampai ke puncak tu siap teringin nak makan macam2 cthnya mcD…hehe

PB120866

296849_299475596744378_100000458212753_1063954_1913803044_n 390640_299475623411042_100000458212753_1063955_1519595059_n

kelaparan di atas puncak :P

PB120886

view dari atas puncak nuang…indahnya ciptaan Ilahi…subhanallah…

PB120885

genting highland yang boleh dilihat dari puncak nuang :)

388450_299475660077705_100000458212753_1063956_1745208327_n

sweet memory di puncak nuang…penat2 pun semua still cool untuk ambik gambar…time ni tersangatlah sejuknya… :)

PB120883

azie Cheesy di puncak nuang :)

lepas dah sampai puncak, dah makan2, dah amik gambar, kitorang bukan kena stay atas puncak tu, tapi kena turun balik ke kem lolo…kami gerak dari puncak lebih kurang kul 2 ptg then kena harungi balik jalan untuk turun ke kem lolo…seriously time turun lagi sangat mencabar dari masa nak naik ke puncak dan mengambil masa yang lagi lama…kaki sampai dah melecet, dah sakit2, dengan keadaan yang hujan, jalan dah licin, bila turun tu banyak kali jatuh…masa tu memang sangat2 sabar…sampai kat kem lolo dah malam…pagi esoknya tu kami dah gerak turun nak balik ukm…

PB120804

PB130909

muka girang sebelum turun dari kem lolo…

PB130915

teringat kata2 abg guider, “bukan gunung yang kita nak tawan, tapi diri kita sendiri yang kita nak tawan…”

thnx a lot pada semua yang terlibat…hope pasni dapat daki gunung lagi… :)



Tuesday, November 1, 2011

aku si gadis braces

 

assalamualaikum !

 

sekarang aku dah jadi si gadis gigi besi…erkkk braces oke! kawan2 aku siap dah bagi gelaran kat aku ‘real steel’ lagi…ada ke patut,padahal tu cerita kat movie, tak pasal2 aku kena tempias…huhu…

 

actually aku dah pasang braces pada hari selasa lepas…kenapa aku pakai braces? sebab gigi aku berlapis dan nak meratakannya…huu…walaupun ada yang tanya, “kenapa kau pakai braces, gigi kau elok je”…erkk elok ke? nampak sangat ketidakrataannya… =_=’...ada plak yang cakap aku comel bila pakai braces...tak tau tu perli atau pujian...ahaha

 

percaya tak aku dah daftar untuk pakai braces ni sejak form 2? iaitu masa aku berumur 14 tahun…sekarang aku dah sweet 20 gitu…aku buat under kerajaan je…sebab tu lama, setelah 6 tahun akhirnya! kini gigi aku dah dipagar…

 

sebelum pasang ni aku banyak survey orang2 yang dah berpengalaman pakai braces ni…ada yang cakap, seminggu akan terasa sakit…ada yang cakap, seminggu tak boleh makan…selepas seminggu, mengikut pengalaman aku pulak, alhamdulillah tak terasa sakit, cuma rasa macam kebas2 je…dan seminggu jugak aku tak boleh makan makanan yang keras2…

 

so menu aku pada awal pemakaian braces ni adalah bubur ayam mcd, makanan yang berkuah, maggi pun aku telan…jadi seminggu aku tak makan nasi yang berlauk…tapi bila dah masuk hari kelima aku dah boleh makan nasi…bukan setakat nasi, kfc pun aku makan…eheh...memang mengidam macam2 bila tak dapat makan macam2 ni…aku tengok orang makan roti canai pun nampak cam best je…bila pergi mcd nak makan bubur ayam, terliur jugak tengok mcDeluxe..haha…tahan je la…

 

kat bawah ni de gambar masa aku tak pakai braces, gigiku memang jelas ketidakrataannye..

Image(576)

 

tadaaa!! azie with braces Open-mouthed smile

DSC03489

 

gambar after pakai braces?? lambat laaagiiii…

siapa2 yang dah ada pengalaman pakai braces meh la share2 pengalaman Smile

Monday, October 31, 2011

langkah tercipta

assalamualaikum !

siapa yang tak pernah dilanda masalah? siapa yang tak pernah dilanda musibah? setiap manusia diberi pelbagai dugaan kan…


kat sini aku nak kongsikan satu lagu yang korang boleh hayati tiap bait liriknya yang betul2 bermakna…korang pernah dengar tak lagu langkah tercipta? ni lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan unic, siapa yang layan lagu nasyid mesti tau lagu ni…aku ni walaupun banyak layan lagu english, korea dan sebagainya, tapi lagu nasyid pun aku tak lepas…siapa yang yang tak layan lagu nasyid, aku suggest korang dengar dan hayati lagu ni kalau korang ada masalah atau dugaan..







ni lirik lagu langkah tercipta, dengar lagu sambil hayati liriknya…

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

-unic-


“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.” [Al-Anbiyaa’: 35]



bila kita ditimpa masalah atau sebarang dugaan, ingatlah tu semua ujian untuk kita dari Allah…ada sebab kenapa Allah bagi ujian tu pada kita…setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya dan janganlah kita asyik nak menyalahkan takdir…kembali pada yang Maha Satu, insyaAllah sebarang dugaan yang kita hadapi pun kita dapat atasi…yang penting kita kena sabar dalam menghadapi dugaan…



“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]”



Thursday, October 27, 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

assalamualaikum !

wah dah lama sangat ni tak join segmen, contest or GA...dulu rajin sangat join benda2 nih...hari ni rasa nak join lak... hehe





ha sape2 nak join meh click banner cik lyssa yang comel ni k :)


latar belakang azie cheesy:

aku hanyalah insan biasa yang bernama aziza binti esa, ringkas je full name aku kan? hehe semua orang panggi aku azie je..kenapa cheesy? sebab masa sekolah dulu aku dapat gelaran 'keju'...huhu...aku sweet 20 je..aku seorang blogger dari terengganu (hye org ganu !), aku seorang blogger UKM bangi (hye warga UKM !)... n hye kepada semua warga blogger sekalian... ! selamat berkenalan :)



kenapa aku buat blog ?

aku buat blog mula2 memang tak ada kerja pergi create blog sebab tengok cam ramai je ada blog, aku pun nak try2...lepas tu aku tak reti pun nak guna blog ni...lepas 2 bulan pastu aku dah habis exam, aku pun mula mengexplore blog ni...bila dah start cuti aku tak kerja kat mana2 pun selama 4 bulan...time tu lah aku banyak belajar tentang blog ni dan kenal ramai blogger2...


Siapa Orang Yang Telah Menarik Aku Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ?

tak ada siapa pun actually sebab time tu aku tengok ramai ada blog, dan aku sendiri tertarik untuk wujudkan blog aku sendiri...memang tak siapa yang suruh aku buat blog ni...huhu...



selamat berkenalan ! :)


Thursday, October 20, 2011

pernah main lumpur tak??

 

assalamualaikum!

 

ape khabar bloggers n readers sekalian? musim hujan sekarang aku pun rasa nak demam dah ni…

 

ada siapa kat sini pernah main lumpur x? bukan main di kuala lumpur oke! hehe…oke cerita sebenarnya ahad baru ni aku join MASKUM dekat pantai Haji Dorani, sg. besar, sabak bernam...

 

siapa2 yang tak tahu maskum tu apa, maskum tu adalah MAJLIS SUKARELAWAN ALAM SEKITAR UNIVERSITI2 MALAYSIA…lepas join ni pun baru aku tahu maskum ni wujud...hehee…kalau masum mesti ramai yang biasa dengar kan…ni kira pengalaman pertama aku join maskum ni…

 

program ni anjuran UPNM dengan sokongan FRIM, MOHE and MASKUM…ada banyak IPTA yang terlibat…antaranya adalah UKM, UPM, UIA, UITM SHAH ALAM, USIM, POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH...amacam? banyak kan? hehee…

 

aku x bagitahu lagi apa aktiviti sukarela yang kitorang buat kan? hehe…tapi tengok tajuk pun boleh agak kan? kitorang buat aktiviti menanam pokok bakau dekat kawasan lumpur dekat tepi pantai…mula2 aku confuse kenapa nak kena tanam pokok bakau…rupa-rupanya baru aku tahu pokok bakau ni ada kepentingannya tersendiri…pokok bakau ni boleh melindungi persisiran pantai…pokok bakau jugak boleh jadi pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala.(ayat dari en.google…hehe)

 

oke so memang penting kena tanam pokok bakau ni kan? sebelum ni memang tak pernah ambik tau…huhuhu…semua yang join dapat baju free, dapat topi lagi, makan free lagi…hehe…baju yang kitorang dapat tu warna putih bersih lagi suci…tapi lepas dah masuk dalam lumpur hasilnya jadilah baju yang berwarna kelabu…haha

 

setiap orang kena tanam 1 pokok…masa sampai tepi pantai tu aku dah semangat nak masuk lumpur yang tingginya paras peha aku…semangat nak tanam pokok bakau nih…nak dijadikan cerita, aku stuck pulak kat tengah lumpur tu…sampai kena lumpur seluruh badan dari kepala sampai ke kaki dah…kalau dah masuk dalam lumpur sangat susah nak bergerak…so dengan hampanya aku tak dapat tanam 1 pun pokok =( …sangat sedih rasanya time tu…huuu…

 

rupanya main lumpur ni best jugak eh…sebab ramai2 kot…rasa meriah main lumpur ramai2…jom tengok gambar2 kat bawah ni…

*

*

*

316374_2477754231797_1490743206_32719713_1468934288_n

ni masa sebelum pergi menanam pokok bakau…sesudah subuh kami dah bersiap2…baju yang kami dapat masih putih bersih dan suci lagi..topi pun dapat jugak..

 

DSC03400

ni belakang baju yang kitorang dapat tu..ada logo stiap IPTA yang terlibat…*ni bukan belakang badan aku…hehe*

 

DSC03405

ni abang demo yang tunjuk demo camne nak tanam pokok bakau ni…bukan tanam sesuka hati ye…

 

305700_260970960612426_100000985737693_747605_1713968741_n

main lumpur…actually ni tengah nak membersihkan diri tapi x bersih pun masuk dalam air lumpur ni…huhu

 

317787_2458556659868_1130679953_2932602_356607208_n

baju putih bertukar kelabu…

 

300558_2477827313624_1490743206_32719783_1689383851_n

ni rupa lepas dah dibersihkan dengan semburan air pili bomba…boleh tahan bersih sikit la…hehe

 

317727_260972203945635_100000985737693_747638_668141622_n

bersama adik beradik upsm batch 24 yang tersayang Winking smile

 

310893_260971750612347_100000985737693_747626_569565997_n

posing jap… #erkk

 

314642_2477860154445_1490743206_32719855_1397894452_n

ni lah wakil dari UKM… =)

 

pssssttttt: siapa tak pernah masuk lumpur try lah…sure tak nak kan…hehehe…hope dapat join lagi aktiviti2 sukarelawan macam ni… Smile

related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...