Monday, October 31, 2011

langkah tercipta

assalamualaikum !

siapa yang tak pernah dilanda masalah? siapa yang tak pernah dilanda musibah? setiap manusia diberi pelbagai dugaan kan…


kat sini aku nak kongsikan satu lagu yang korang boleh hayati tiap bait liriknya yang betul2 bermakna…korang pernah dengar tak lagu langkah tercipta? ni lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan unic, siapa yang layan lagu nasyid mesti tau lagu ni…aku ni walaupun banyak layan lagu english, korea dan sebagainya, tapi lagu nasyid pun aku tak lepas…siapa yang yang tak layan lagu nasyid, aku suggest korang dengar dan hayati lagu ni kalau korang ada masalah atau dugaan..







ni lirik lagu langkah tercipta, dengar lagu sambil hayati liriknya…

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.


Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.


Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.


Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.


Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

-unic-


“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan.” [Al-Anbiyaa’: 35]



bila kita ditimpa masalah atau sebarang dugaan, ingatlah tu semua ujian untuk kita dari Allah…ada sebab kenapa Allah bagi ujian tu pada kita…setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya dan janganlah kita asyik nak menyalahkan takdir…kembali pada yang Maha Satu, insyaAllah sebarang dugaan yang kita hadapi pun kita dapat atasi…yang penting kita kena sabar dalam menghadapi dugaan…



“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]”



Thursday, October 27, 2011

SEGMEN | Lyssa Faizureen Ajak Kenali Blogger . Jom Serbu !!

assalamualaikum !

wah dah lama sangat ni tak join segmen, contest or GA...dulu rajin sangat join benda2 nih...hari ni rasa nak join lak... hehe





ha sape2 nak join meh click banner cik lyssa yang comel ni k :)


latar belakang azie cheesy:

aku hanyalah insan biasa yang bernama aziza binti esa, ringkas je full name aku kan? hehe semua orang panggi aku azie je..kenapa cheesy? sebab masa sekolah dulu aku dapat gelaran 'keju'...huhu...aku sweet 20 je..aku seorang blogger dari terengganu (hye org ganu !), aku seorang blogger UKM bangi (hye warga UKM !)... n hye kepada semua warga blogger sekalian... ! selamat berkenalan :)



kenapa aku buat blog ?

aku buat blog mula2 memang tak ada kerja pergi create blog sebab tengok cam ramai je ada blog, aku pun nak try2...lepas tu aku tak reti pun nak guna blog ni...lepas 2 bulan pastu aku dah habis exam, aku pun mula mengexplore blog ni...bila dah start cuti aku tak kerja kat mana2 pun selama 4 bulan...time tu lah aku banyak belajar tentang blog ni dan kenal ramai blogger2...


Siapa Orang Yang Telah Menarik Aku Untuk Ceburkan Diri Dalam Dunia Blog ?

tak ada siapa pun actually sebab time tu aku tengok ramai ada blog, dan aku sendiri tertarik untuk wujudkan blog aku sendiri...memang tak siapa yang suruh aku buat blog ni...huhu...



selamat berkenalan ! :)


Thursday, October 20, 2011

pernah main lumpur tak??

 

assalamualaikum!

 

ape khabar bloggers n readers sekalian? musim hujan sekarang aku pun rasa nak demam dah ni…

 

ada siapa kat sini pernah main lumpur x? bukan main di kuala lumpur oke! hehe…oke cerita sebenarnya ahad baru ni aku join MASKUM dekat pantai Haji Dorani, sg. besar, sabak bernam...

 

siapa2 yang tak tahu maskum tu apa, maskum tu adalah MAJLIS SUKARELAWAN ALAM SEKITAR UNIVERSITI2 MALAYSIA…lepas join ni pun baru aku tahu maskum ni wujud...hehee…kalau masum mesti ramai yang biasa dengar kan…ni kira pengalaman pertama aku join maskum ni…

 

program ni anjuran UPNM dengan sokongan FRIM, MOHE and MASKUM…ada banyak IPTA yang terlibat…antaranya adalah UKM, UPM, UIA, UITM SHAH ALAM, USIM, POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH...amacam? banyak kan? hehee…

 

aku x bagitahu lagi apa aktiviti sukarela yang kitorang buat kan? hehe…tapi tengok tajuk pun boleh agak kan? kitorang buat aktiviti menanam pokok bakau dekat kawasan lumpur dekat tepi pantai…mula2 aku confuse kenapa nak kena tanam pokok bakau…rupa-rupanya baru aku tahu pokok bakau ni ada kepentingannya tersendiri…pokok bakau ni boleh melindungi persisiran pantai…pokok bakau jugak boleh jadi pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh dipersisiran kuala.(ayat dari en.google…hehe)

 

oke so memang penting kena tanam pokok bakau ni kan? sebelum ni memang tak pernah ambik tau…huhuhu…semua yang join dapat baju free, dapat topi lagi, makan free lagi…hehe…baju yang kitorang dapat tu warna putih bersih lagi suci…tapi lepas dah masuk dalam lumpur hasilnya jadilah baju yang berwarna kelabu…haha

 

setiap orang kena tanam 1 pokok…masa sampai tepi pantai tu aku dah semangat nak masuk lumpur yang tingginya paras peha aku…semangat nak tanam pokok bakau nih…nak dijadikan cerita, aku stuck pulak kat tengah lumpur tu…sampai kena lumpur seluruh badan dari kepala sampai ke kaki dah…kalau dah masuk dalam lumpur sangat susah nak bergerak…so dengan hampanya aku tak dapat tanam 1 pun pokok =( …sangat sedih rasanya time tu…huuu…

 

rupanya main lumpur ni best jugak eh…sebab ramai2 kot…rasa meriah main lumpur ramai2…jom tengok gambar2 kat bawah ni…

*

*

*

316374_2477754231797_1490743206_32719713_1468934288_n

ni masa sebelum pergi menanam pokok bakau…sesudah subuh kami dah bersiap2…baju yang kami dapat masih putih bersih dan suci lagi..topi pun dapat jugak..

 

DSC03400

ni belakang baju yang kitorang dapat tu..ada logo stiap IPTA yang terlibat…*ni bukan belakang badan aku…hehe*

 

DSC03405

ni abang demo yang tunjuk demo camne nak tanam pokok bakau ni…bukan tanam sesuka hati ye…

 

305700_260970960612426_100000985737693_747605_1713968741_n

main lumpur…actually ni tengah nak membersihkan diri tapi x bersih pun masuk dalam air lumpur ni…huhu

 

317787_2458556659868_1130679953_2932602_356607208_n

baju putih bertukar kelabu…

 

300558_2477827313624_1490743206_32719783_1689383851_n

ni rupa lepas dah dibersihkan dengan semburan air pili bomba…boleh tahan bersih sikit la…hehe

 

317727_260972203945635_100000985737693_747638_668141622_n

bersama adik beradik upsm batch 24 yang tersayang Winking smile

 

310893_260971750612347_100000985737693_747626_569565997_n

posing jap… #erkk

 

314642_2477860154445_1490743206_32719855_1397894452_n

ni lah wakil dari UKM… =)

 

pssssttttt: siapa tak pernah masuk lumpur try lah…sure tak nak kan…hehehe…hope dapat join lagi aktiviti2 sukarelawan macam ni… Smile

Monday, October 17, 2011

sayangilah anak yatim

 

assalamualaikum !

 

oke memang lama dah x update blog dan jarang dapat update blog buat masa sekarang ni...ni bru dapat peluang...


ni aku nak cerita pengalaman aku sabtu baru ni aku pergi rumah anak yatim NUR HIKMAH dekat kajang...seriously, itu kali pertama aku ke rumah anak yatim...aku pergi jadi sukarelawan untuk bersihkan kawasan rumah anak yatim tu...masa sampai tu rasa excited sebab dapat jugak aku melawat rumah anak yatim buat kali pertama...sayu je tengok muka2 anak2 yatim ni...


ada dua kawasan yang nak dibersihkan kat sana...1 kawasan lapang yang ada semak samun...tempat tu nak dibangunkan bangunan baru untuk anak2 yatim ni...1 lagi tempat nak dibersihkan dekat asrama perempuan...

 

ni rupa kawasan lapang tu sebelum dibersihkan

DSC03370 

after dah gotong royong

DSC03383

de beza x? ni lah hasil kerjasama kami semua Smile

 

masa aku tolong bersihkan asrama perempuan, terharu tengok tulisan diorang dekat loker..ni ada beberapa gambar tulisan yang ditulis sendiri oleh anak yatim dekat loker diorang...


DSC03374

DSC03375

 

“kita haruslah menghormati ibu dan ayah”

‘love ibu bapa’

 

sambil2 kitorang membersihkan kawasan tu, sempat jugak la bermesra dan sembang2 dengar pengalaman anak2 yatim ni..., diorang ni memang mesra dengan orang…kat situ ada lebih kurang 40-60 orang anak yatim...baby pun ada...

 

masa sembang2 dengan diorang rasa simpati dengan diorang sebab kecil2 lagi dah x duduk dengan keluarga…mereka kebanyakannya kecil lagi yang tinggal kat rumah tu..paling besar kalau x silap umur 19…*muda setahun dari aku*

 

kat bawah ni selingan gambar aku masa bersihkan kawasan lapang tu…peace ^^

DSC03379

yang bawah ni gambar kami ramai2 sebelum balik ke ukm

DSC03387

rasa nak pergi lagi jenguk diorang…

 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya yang maksudnya : 

“Daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat baik kepadanya. Seburuk-buruk rumah orang muslim ialah rumah yang ada di dalamnya anak yatim sedang (penjaga itu) berbuat jahat kepadanya.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

 

pssssstttttttttt: hargailah, hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih ada…pada yang masih mempunyai ibu bapa, bersyukurlah…pada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya, tabahlah dan banyak2 lah berdoa untuk mereka di sana…

Monday, October 3, 2011

ex boleh jadi kawan ke?

assalamualaikum!


setelah sekian lama baru dapat update blog ni...kalau masa cuti dulu tiap2 hari dapat update blog...sekarang dah sambung study, dalam seminggu dapat update blog sekali dua je akibat kesibukan memanjang...



oke cukup untuk mukadimah...paham tak tajuk entry kali ni? kalau ada yang blur, ex tu maksudnya bekas kekasih ye...siapa2 yang pernah putus cinta, dah tentu ada ex kan? tapi macam mana hubungan korang dengan ex korang sekarang? jadi kawan ke? atau jadi lawan? atau memang tak contact langsung dah?



oke kalau ikut pengalaman aku, aku mengambil masa yang lama juga untuk lupakan ex aku...lepas kami clash, dia dah pun ada yang lain...kami memang tak contact langsung lepas clash tu...lepas dah sekian lamanya baru ktorg contact balik as a friend...tapi lama-kelamaan aku sendiri pun rasa bahagia tengok dia bahagia, seriously...aku dah takde rasa cemburu lagi mungkin sebab aku dah takde perasaan pada dia lagi, dan mungkin juga sebab aku dah merelakan dia pergi dari hidupku *erk, terjiwang plaks*



oke tu cerita aku, tapi kalau ikut situasi yang lain plak, ada juga yang jenis tak boleh terima ex dia ada pengganti yang lain...rasa cemburu, marah menguasai diri...tapi perlu ke nak rasa macam tu? kita sepatutnya merelakan dia bahagia dengan kekasihnya sebab itu hak dia, itu hidup dia, siapalah kita yang nak mengatur hidup orang lain kan?



ada juga setengah orang yang nak rapat dengan ex dia sebab nak balas dendam, mungkin akibat cinta dikhianati...tapi fikirlah, apa kebaikan yang korang akan dapat kalau balas dendam, rosakkan hubungan orang lain...sendiri yang sakit hati lagi ada...better lupakan apa yang pernah terjadi, dan cari hidup baru...



kadang2 bila kita kawan dengan ex ni pun boleh menimbulkan kembali perasaan masa bercinta dulu...sebab tu sebenarnya bahaya berkawan dengan ex...tapi kalau ex menjadi kawan jangan lah sampai mengganggu hubungan dia dengan kekasih nya...berpada-pada lah...isu ex ni agak sensitive dalam sesuatu perhubungan...jadi kena sentiasa beringat mungkin ada hati yang akan terluka jika korang terlalu rapat dengan ex korang...



so status aku dengan ex aku adalah kami masih berkawan tapi jarang2 contact...pada siapa2 yang rapat dengan ex tu, kalau korang dan ex korang masih single, no hal lah, mungkin de harapan korang sambung hubungan korang...tapi kalo korang dah ada yang punya, ex korang pun dah ada yang punya, jaga je lah pasangan masing2 tu baik2...jangan rosakkan hubungan baru korang disebabkan isu ex ni...kecapi bahagia dalam hidup...oke?



pssssttttttt: kalau korang still tak dapat lupakan ex, banyak2 la berdoa pada yang Maha Satu...



image dari en. google :)



related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...