Thursday, October 25, 2012

konvokesyen ukm ke 40

salam !

tengok tajuk gaya macam aku yang konvo kan. eh tak tak. baru-baru ni masa konvokesyen UKM ke-40 aku main gamelan untuk persembahan waktu penerimaan skrol. untuk pengetahuan, sem ni aku baru start main gamelan dan setelah praktis berminggu-minggu, maka tiba lah waktu untuk buat persembahan time konvo baru ni. dan geng yang main gamelan sama-sama ni sgtlah sportingnya dan friendlynya. malas nak crita panjang, jom tengok gambar-gambar kat bawah ni ;)

suasana dari atas



with NC and TNC



with classmates yang sama-sama join gamelan

macam baru lepas menari pulak. bukan2. hehe






free style

mereka sgt spoting !


#ehh



*ramai senior yang tukar profile pic gambar konvo. tahniah kepada mereka yg berkonvo ! lepas konvo , sambut hari raya aidiladha pulak. selamat hari raya aidiladha to all muslims! peace no war ^^V

Wednesday, September 12, 2012

program jalinan mesra bersama calon UPSR

assalamualaikum!


21/4/2012, Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM UKM) terlibat dengan program jalinan mesra bersama mahasiswa UKM dan pelajar darjah 6 SK Taman Tuanku Jaafar 2 di Negeri Sembilan. tengok tarikh tu, bulan april! now da bulan september baru dapat update pasal mende ni, memandangkan sekarang musim exam UPSR. hehee.




ternyata bukan senang nak handle budak2 sekolah rendah ni. mmg perlukan kesabaran yang sangat tinggi. diorang ni kecik2, comel2, tp nakalnya pun boleh tahan jugak. macam2 telatah adik2 ni.


aku salah sorang yang jadi fasi dari Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM UKM). memandangkan pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada calon UPSR, jadi kebanyakan aktiviti adalah berbentuk akademik. terasa macam jadi cikgu plak. hehe. ade yang siap panggil kitorang cikgu, layan je la. 


  
ni la wajah adik2 comel calon UPSR SKTTJ2 

cikgu2 sekolah ni sgt2 baik & sporting. terima kasih banyak2 cikgu ! :)





paling tak dapat lupa bila dah habis program, ramai2 dtg mintak sign dekat fail diorang. rasa macam artis plak. haha perasan jap.


bukan tu je, kitorang ada gak buat mural dekat dinding skolah SKTTJ2 ni. mural tu ape? mural adalah karya seni yang dicat atau digunakan secara langsung di dinding, siling, atau lain2 permukaan tetap yang besar. ni la muralnya. 




sekarang adik2 ni & calon2 UPSR semua da mula exam. sepanjang handle program ni, teringat zaman2 skolah rendah dulu, macam mana la gamaknya perangai sendiri masa sekolah rendah dulu kan. ucapan ni ditujukan khas untuk cikgu sekolah rendahku dulu.. "terima kasih cikgu2 sbb dah banyak mencurahkan ilmu kepada sy, jasa cikgu2 sekalian dikenang selalu.." :). dalam banyak2 exam selama aku hidup ni, time UPSR je yang aku pernah dapat straight A's. huu..


p/s : all the best ye adik2! :)







Tuesday, September 11, 2012

i'm back!

salam 1 malaysia!

fuhhh setelah sekian lama x tulis kat blog ni. last update 9 feb 2012. hambekk kau! da lebih kurang 7 bulan aku x hupdate blog ni dan biarkan blog ni macam rumah terbiar yang da lama ditinggalkan. bersawang penuh! hehee lama gila kot x update. 


hye readers! eh ade ke lagi tah reader blog aku nih. header dengan background yang x penah bertukar setahun lamanya. hee. nak cerita sikit. ada sekali tu masa kat shopping complex ada orang tegur aku "eh, azie ke?"aku pun usha pelik cuba2 ingat kot2 aku penah kenal dia sebelum ni kat mana2 or dak sekolah tadika aku dulu ke. pastu aku tanya la mana kenal. dia  jawab "dekat blog". hoho terkezut jugak la ada yang cam aku dari blog. hebat sungguh insan tersebut dalam mengecam orang. hehee. oke sampai situ je ceritanya.


walaupun  aku dah lama x hupdate blog ni, tapi aku still contact dengan member2 blogger yang aku pernah jumpa. buktinya, masa buka puasa tahun ni aku ada lagi join berbuka puasa bersama blogger terengganu sama macam tahun lepas yang mempertemukan kami buat kali pertama tahun lepas. hehee. and raya pn still sama2 blogger lagi. sampaikan aku pun segan sebab masihkah aku bergelar blogger nak lepak2 dengan geng2 blogger ni lagi? group2 blogger kat fb pun da lama aku x jengah. nampak muka2 baru je ramai.


 ni la gambar raya bersama blogger di rumah eyda syahida.

ha kat atas ni gambar blogger2 yang ada masa raya 2012 ni. dari kiri PM, edie, arif, afif el nino, hafiz hafizol, bluewendy, eyda syahida, aku insan biasa je, & asma bluppy


maka isnin kelmarin bermulalah kehidupan aku sebagai student tahun 3 kat ukm ni. diorang yang amik course 3 tahun da boleh kira final year da. tapi untuk aku yang amik course 4 tahun ni kena sabar lebih sikit. hehee. sekarang da senang sikit nak update blog sebabnya sekarang duduk dekat bilik yang wifi lajuuuu macam roket. sebelum ni aku lama x update sebab sem lepas aku dapat bilik yang wifi slow macam siput. siput pun lagi laju kot =_='. 


tapi apa yang lebih penting harap sem ni dapat score lebih dari sem lepas. doakan eh :) 


wassalam.




Thursday, February 9, 2012

bila rindu

 

assalamualaikum !

 

rindu aku tak? *haha perasantan lah azie, sapa la nak rindu kat kau* huhu almaklumlah lama dah x update blog ni..

 

perasaan rindu memang tak dapat dielakkan oleh setiap insan. mesti akan ada perasaan rindu dalam diri kepada sesiapa je yang kita rasa nak rindu, tak kira la pada keluarga, pasangan, sahabat , atau sesiapa saja…ni tak ada kena mengena dengan ombak rindu k..

 

apa nak buat bila rindu?? macam2 boleh buat kalau kita rindukan seseorang tu. boleh luahkan terus pada orang tersebut yang kita rindu kat dia. ada jugak yang pilih untuk pendamkan je perasaan rindu tu. ada jugak yang pilih untuk luahkan dekat blog, facebook, twitter dan sebagainya tentang perasaan rindu yang dipendam tu. tapi bagi aku the best way bila rindu adalah luahkan pada Yang Maha Esa. caranya? berdoa.

 

kalau kita rindukan seseorang, amalkan doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha,

“Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ******** **** (nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya…”

 

kalau kita selalu doa macam ni bermaksud kita sentiasa ingat insan yang dirindui tu dalam doa kita. bak kata orang dulu2, “ingat daku dalam doamu”..doa boleh jadi penguat kasih antara dua insan. insyaAllah.

 

orang cakap kalau kita sukakan seseorang, lebih baik kita jangan bagitau pada dia. nanti Allah kurangkan rasa cinta kita pada dia. betul ke? lagi 1. ada jugak orang cakap, kalau kita pendam perasaan pada seseorang, nanti dapat pahala.

 

tapi sampai bila perasaan harus dipendam ek? sehingga kita mendapat petanda bahawa ternyata memang dia adalah jodoh kita. luahkan perasaan kepada Allah SWT jauh lebih baik n lebih menenangkan jiwa. seriously.

 

image

 

renung2kan dan selamat beramal ! peace ^^v

wassalam…

Friday, January 13, 2012

kenapa student kena exam?

assalamualaikum !

memandangkan sekarang musim exam...semua student asyik fikir pasal exam...exam...exam...exam...time exam mula la semua ke mana2 pun pegang buku...kat mcd pon tgk orang study...time study week mula la library penuh siap kena cop awal2 kalo nak stay dekat library...start sem ni jugak aku mula stay dekat library sampai 2 pagi...oke sampai 5 pagi pon pernah...punya la pulun study...time musim exam je la...kalau tak exam tak pergi nya library tu...aku la tu...ahaha...


tapi bila jawab exam tu kalau tak dapat jawab semua orang frust nonggeng macam dah tak tentu hala tuju...bila exam semua mengharapkan keputusan yang terbaik...kenapa student kena exam?? dari kecil selalu dengar ayat "belajar rajin2, nanti boleh capai cita2"...semua tu bergantung pada rezeki masing2 jugak...masa depan bukan bergantung pada keputusan exam, tapi bergantung pada rezeki daripadaNya...


bila kita study lagi banyak benda kita kena tau, bila banyak benda kita kena tahu, lagi banyak benda kita lupa...habis tu kenapa kena study?? kita kena ingat, islam memang menyuruh kita untuk menuntut ilmu...tak kira di mana2, ilmu tu penting...surah pertama yang diturunkan iaitu surah al-alaq ayat 1 sampai 5 pun suruh kita membaca yang ertinya :

“bacalah dengan meyebut nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan Kamu dari segummpal darah . Bacalah,dan tuhanmulah yang paling pemurah. Yang mengajar (manusia ) dengan perantara kala . Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”


tak kira macam mana pun result yang bakal keluar, at least kita dah berusaha...dan akhirnya kita kena bertawakal kepadaNya...menuntut ilmu dengan ikhlas, insyaAllah akan diberkati...




berjaya dengan USAHA, satu KENIKMATAN...
berjaya tanpa USAHA, satu KEBETULAN...
gagal dengan USAHA, satu UJIAN...
gagal tanpa USAHA, satu KEBIASAAN...


#pilihan terletak pada diri kita sendiri




"study hard in the smart way k !" =)

#last paper 20 hb ni . peace . ^^V





related post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...