assalamualaikum n hye all readerz n bloggerz!
sangat sangat sangat lama dah tak update blog ni kan…2 minggu lebih gak la…erk lama la tu kan? hehe…spider pun dah mula nak buat sawang…
hari jumaat sampai ahad baru ni bersamaan dengan 11-13 nov aku jadi urusetia untuk program mendaki gunung di Gunung Nuang anjuran UPSM UKM…oke aku bagi info sikit mengenai gunung nuang ni…
gunung nuang terletak di dalam Malaysia dengan ketinggian 1.493 meter (4898 kaki). sangat tinggi kan? gunung nuang ni puncak sempadan Pahang dan negeri Selangor. Gunung itu sendiri adalah titik tertinggi di Selangor dan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa.
seriously ni memang pengalaman pertama aku mendaki gunung…sebelum ni aku cuma pernah daki bukit je…gunung belum pernah…ahaha…memang aku rasa exited dah tawan puncak yang tertinggi di selangor ni…
kami start pendakian ni selepas asar, sampai dekat kem lolo lebih kurang pukul 8 malam lebih kot…lama jugak kami berjalan nak sampai kat kem lolo tu, dari nampak matahari sampai langit dah gelap…kat kem lolo kami bermalam dan masak2…barang2 untuk masak dah bawak dari ukm, so sampai sana perut lapar, masak2 then makan…hehee…
perjalanan naik ke kem lolo
pagi2 dalam pukul 8 lebih kami gerak dari kem lolo untuk sampai ke puncak…perjalanan nak ke puncak memang sangat2 berliku dan mencabar fizikal dan mental…
walaupun penat sempat lagi posing…peace :)
then kami rehat kat kem pacat, pelik kan nama kem ni? dalam kepala dah fikir sure banyak pacat kat tempat nih…tapi alhamdulillah sepanjang 3 hari 2 malam tu aku tak menjadi pilihan pacat untuk jadi makanannya…hehehe…
suasana kat kem pacat…
sebelum sampai puncak nuang, akan jumpa puncak pengasih dulu…nak sampai ke puncak pengasih ni pun dah termengah2, belum sampai puncak nuang lagi tu…tapi sempat lagi berposing… :)
with abg guider yang sporting…sweet kan nama puncak pengasih? :)
lepas dah mengharungi segala pokok, kayu dan macam2 lagi, akhirnya dekat pukul 1 tengahari baru sampai atas puncak…alhamdulillah syukur sangat2 bila dah sampai atas puncak tu, macam tak percaya je 1 gunung dah aku tawan…hehehe exited kan? padahal orang lain ade je yang dah banyak kali naik gunung…takpe, ni pengalaman pertama aku, so biar aku nak exited…ahaha…
atas puncak tu sejuk jangan cakap la, sejuk sampai menggigil macam duduk dalam peti ais…sejuk tak sejuk tak? sampai2 puncak tu dengan laparnya, penatnya…penat penat jugak, perut kena isi, memang kami dah bawak makanan siap2 dari bawah untuk makan atas puncak tu…dalam perjalanan nak sampai ke puncak tu siap teringin nak makan macam2 cthnya mcD…hehe
kelaparan di atas puncak :P
view dari atas puncak nuang…indahnya ciptaan Ilahi…subhanallah…
genting highland yang boleh dilihat dari puncak nuang :)
sweet memory di puncak nuang…penat2 pun semua still cool untuk ambik gambar…time ni tersangatlah sejuknya… :)
azie Cheesy di puncak nuang :)
lepas dah sampai puncak, dah makan2, dah amik gambar, kitorang bukan kena stay atas puncak tu, tapi kena turun balik ke kem lolo…kami gerak dari puncak lebih kurang kul 2 ptg then kena harungi balik jalan untuk turun ke kem lolo…seriously time turun lagi sangat mencabar dari masa nak naik ke puncak dan mengambil masa yang lagi lama…kaki sampai dah melecet, dah sakit2, dengan keadaan yang hujan, jalan dah licin, bila turun tu banyak kali jatuh…masa tu memang sangat2 sabar…sampai kat kem lolo dah malam…pagi esoknya tu kami dah gerak turun nak balik ukm…
muka girang sebelum turun dari kem lolo…
teringat kata2 abg guider, “bukan gunung yang kita nak tawan, tapi diri kita sendiri yang kita nak tawan…”
thnx a lot pada semua yang terlibat…hope pasni dapat daki gunung lagi… :)
12 comments:
puncak tertinggi di negeri selangor??
T leh r wat pogram p sini nni.. ngeh3...
boleh2 silakan...memang mencabar :)
wahh wahhh kemain bergambor yek kat atas gunung tuu. macam best jekkk! hehehe :D
wow.. tinggi nye.. best la dpt naik gunung!
@sarah~ mmg sangat best! hehe
@CAB~ jom nnt naik gunung kt tganu ! huhu ;)
untung la naek gnung tinggi2.. hehehe
peh.. best! siyes..hehe
btw ada ke mcd atas tu?hahaha
fambar bawah budak laki dua orang tu smart...
@triggy~ tertinggi di selangor :)
@pendamba~ mmg terliur mcd time kt ats tu dgn laparnya...huhu..
Hi adik..akak dulu join UPSM gak tahun 2004-2006. Selalu senior ajak naik Gunung Ledang jer..tiap2 tahun..ade saper2 tak senior dr tahun akak? Sj ty..=)
akak batch brape ye? hehe..
Post a Comment