Friday, August 26, 2011

selama cuti ni, aku menjadi seorang...

assalamualaikum dan salam 1 blogger..


pejam celik pejam celik, puasa hanya tinggal beberapa hari je lagi yang kita boleh hitung dengan jari sebelah tangan sahaja...memandangkan ramadhan semakin meninggalkan kita, syawal akan tiba tak lama lagi...raya!! bila raya dah nak dekat ni, maknanya tak lama lagi cuti pun dah nak abes...bg student ipt, cuti 4 bulan lebih ni mmg lama tapi x sangka dah nak berakhir pn =_=' masa dalam cuti yang lama ni, aku menjadi seorang...


PENGANGGUR

selama dalam cuti ni aku bukanlah pergi menanam anggur, tp seorg penganggur...aku mmg x kerja langsung, bukan x nak cari, dah cari, tapi direject...then tiba2 abah sakit kena serang sakit stroke,bley baca kat entri adik sayang abah...masa tu mmg aku dah stop pikir pasal nak cari kerja, aku nak berbakti dekat rumah tolong mak dan abah selagi ada masa cuti ni...nanti bila dah sambung belajar susah dah sebab dah jauh...so memang aku x kerja apa2, menjadi seorang penganggur yg berjaya..hehehe





BLOGGER

dan dalam cuti ni jgk lah aku mula mengaktifkan diri sebagai seorang blogger, selalu update entry dan berkenalan dengan ramai blogger dalam dunia blogger ni...macam2 benda yang aku dapat belajar bila jadi blogger nih...




HEROIN


oh aku bukanlah dapat tawaran berlakon untuk bergandingan bersama hero, tapi dalam cuti ni aku menjadi heroin pada seseorang...dia gelar aku heroinnya sbb aku datang membantunya dan sentiasa ada di sisinya setiap kali dia susah atau senang walaupun kami tidak bersua muka selama cuti ni...tapi aku masih mengklasifikasikan kami *masih dalam proses mengenal hati budi*...takut nak mengharap lebih2, nanti kuciwa hati parah susa woo...



PESAKIT

dalam cuti ni juga la aku menjadi pesakit setia pada klinik kerajaan bukit payung...aku cabut gigi 4 batang kat klinik tu memang x sakit langsung...aku kena cabut gigi sebab lepas ni aku nak pakai braces...sampai staff kat situ pun dah familiar dengan muka aku sebab aku selalu datang cabut gigi kt situ...kalau nak baca tips camne cabut gigi x sakit, boleh baca kat entri tips cabut gigi...





BIBIK

aku menganggur pun aku tak dok saje, aku jadi bibik kat rumahku sendiri sebab aku banyak ambil alih tugas mengemas rumah...bukan selalu dapat tolong mak wat kerja rumah sebab belajar jauh...masa ni la aku selalu buat kerja2 rumah supaya dapat ringankan beban mak aku...



DRIVER

ni aku suka...memang masa sebelum cuti aku pernah rasa nak jadi driver sebab aku suka drive...tapi aku bukan jadi driver pada bos2 syarikat ke hape, aku menjadi driver setia pada mak abah aku...sejak abah sakit abah dah x boleh drive, mak pulak memang x reti bawak kereta, jadi aku lah yang drive kalau mak abah nak pergi mana2...



lagi beberapa hari je dah nak habis cuti, maknanya lepas ni aku akan kembali ke bangi menjadi PELAJAR UKM




jadual kelas pun dah dapat dah...adeyy otak ni x polish lagi dah nak kena dengar kuliah macam dulu...dah sediakah?? tepuk dahi tanya otak...jangan tepuk kuat2 nanti x betul pulak...hehe *ok mengarut*...x tau la nak cakap dah ready ke belum...tapi rindu nak jumpa kawan2 yang dah 4 bulan x jumpa...x sangka cuti dah nak abes...lebih kurang dalam 2 minggu je lagi...


pssssstttttt: pics credit to encit google...sape2 yang dah nak abes cuti macam aku, korang dah ready belum nak sambung belajar?




6 comments:

tia @ Ini Kisah Tia said...

wahhhh , nak pakai bracesss :)

M Firdaus Mohd said...

selamat hari raya, doakan ayah awak tu cepat2 sembuh..

azie said...

@tia~ yup2 hehee

azie said...

@M Firdaus Mohd~ selamat hari raya..mekasih ye.. :)

Wanie said...

ukm bangi eh..nanti wanie konvo dtg la ye..lalala

azie Cheesy said...

@wanie~ yup2.. insyaAllah :)